pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, May 17, 2012

Panas!! Terkini PAS tetap mahu merobohkan Madrasah Salihiah dan memberi laluan kepada pembinaan Pusat Beli Belah

Pas Kedah tetap berdegil untuk merobohkan juga Madrasah Salihiah bagi meneruskan Projek Aman Central yang di miliki Sonny Hoo pengiat Kristian Pulau Pinang.


PAS Kedah lebih pentingkan wang ringgit dari sentimen keagamaan,menghalalkan penjualan tanah wakaf khas yang hanya untuk tempat beribadat umat Islam kepada pengiat Kristian.kontraktor Sonny Hoo yang merupakan ahli DAP Pulau Pinang.


Untuk pengetahuan semua,Pisau Kedah dan rakan Team Media Kedah yang lain akan mempertahankan Madrasah Salihiah dan tanah yang telah di wakaf khaskan dari Arwah mufti Di Raja Kedah sehingga ke titisan darah yang terakhir,kerana mempertahankan Syiar Islam itu wajib !!! marilah beramai-ramai kita mempertahankan Madrasah Salihiah.....


Kita harus menentang kezaliman PAS Kedah,!!!!!


Pembinaan surau yang boleh memuatkan 400 orang di dalam Pusat Membeli Belah hanyalah satu jambatan kepada PAS Kedah untuk menghalalkan tanah wakaf Khas di jualkan kepada pengiat Kristian.



Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.

"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.

"Sebuah surau yang memuatkan hampir 400 orang akan dibina sebagai ganti di samping tapak baru masih dicari bagi membina semula madrasah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Peguam Jesvinder Jit Singh memfailkan semula injunksi bagi pihak plaintif iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49, di Mahkamah Tinggi Ahad lepas sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan kerajaan negeri.

MAIK, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam writ saman itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pindah milik tapak madrasah berkenaan (kepada pihak pemaju) dibuat secara tidak sah di bawah Kanun Tanah Negara dan menuntut balik supaya tanah itu dikembalikan kepada MAIK.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak akan melayan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendakwa pelaksanaan projek Aman Central dan Amansuri Residences bernilai RM100 juta di tanah milik Bina Darulaman Berhad tidak dilakukan secara tenVider terbuka.

Kedua-dua projek itu dilaksanakan oleh syarikat Kumpulan Belleview.

"Setakat ini sembilan batang piling telah selesai ditanam. Projek ini akan berjalan mengikut perancangan dan saya harap selepas ini tiada lagi gangguan," katanya. - utusan




Video ucapan Tok Guru Haji Abdullah Sa'amah mengatakan wajib 
mempertahankan Madrasah Salihiah..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog