pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, May 25, 2012

Pendedahan terpanas berkenaan KUIN,,Menteri Besar Kedah dah tak senang duduk bila tembelangnya dah pecah


Kedahan69ers.com telah diminta oleh pihak tertentu dari KUIN untuk membuat pendedahan berani ini. Setelah berbincang, akhirnya kedahan69ers.com bersetuju untuk menyiarkan pendedahan yang dibuat oleh ‘orang dalam’ KUIN dalam beberapa siri di portal ini.

Kolej Universiti Insaniah yang terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Star merupakan kebanggaan PAS Kedah kerana kewujudannya dianggap sebagai tanda kejayaan PAS Kedah memartabatkan pengajian pondok ke suatu tahap yang lebih profesional.

Bagaimanapun, seperti institusi-institusi yang mempunyai ‘tangan’ PAS di dalamnya, KUIN tidak terlepas daripada penyelewengan dan salahguna kuasa yang amat ketara.



Rektor KUIN adalah Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman. Di sinilah bermulalah sarang penyelewengan terbesar dalam KUIN yang memalukan PAS Kedah dan institusi pengajian pondok-kolej universitinya.





Cerita tentang perlantikan kakitangan, pensyarah dan felo akademik di kalangan saudara-mara Jamil Osman dan kaum kerabat isterinya, sudah menjadi ‘rahsia terbuka’. Halim Othman yang merupakan abang Jamil Osman, sudah lanjut usia, telah dilantik sebagai felo akademik kerana hubungan persaudaraannya. 

Dr. Shuaib Che Din, yang mengalami penyakit mudah lupa, turut dilantik sebagai felo akademik. Ada dua insiden menarik yang melibatkan Dr. Shuaib Che Din. Pertama, suatu ketika, Shuaib mengalami penyakit lupa yang teruk sehingga memerlukan pengawal keselamatan bagi mencari keretanya yang diletakkan di kawasan parkir KUIN yang tidaklah seluas mana pun. Kedua, Shuaib pernah mempamerkan kemarahannya dengan mematahkan tanda parkir ‘Tim.Rektor HEP’ kerana lot parkir di Blok A, Kolej Universiti Insaniah telah penuh.

Dengan usia yang hampir mencecah 70 tahun, kaedah pengajaran Dr. Shuaib lebih banyak duduk di kerusi dan sepanjang pengajaran, Halim dan Shuaib lebih banyak tidur daripada mengajar.

Dikatakan juga, jawatan Master Kaunseling diwujudkan di KUIN hanyalah untuk memberikan gaji buta kepada Halim, Shuaib dan Amir Awang. Yang menjadi talibarut mereka adalah Dr. Abu Bakar dan Yahya yang cukup terkenal dengan gelaran Kaunselor Kasanova.

Abu Bakar sebenarnya telah menipu tentang pemilikan PhD, dan pembohongannya itu telah pun diketahui. Pun begitu, sehingga sekarang, dia masih lagi menggunakan gelaran ‘Dr.’ Di hadapan namanya. Manakala Yahya Kaunselor Kasanova pula baru sahaja mendapat Master dengan tugas hakikinya adalah kaunselor tetapi berlagak sebagai pensyarah Master Kaunseling.

Mantan Dekan HEP, Encik Zul pula merupakan mangsa kebodohan. Dia yang paling teruk membuat silibus Master Kaunseling, akhirnya yang dapat adalah Jamil dengan kroninya.

Ada cerita yang menarik tentang Yahya Kaunselor Kasanova. Dikatakan, dia tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menjadi seorang kaunselor sehinggakan sesi kaunseling yang dibuatnya tidak dapat sambutan memandangkan ia lebih ke arah bercinta dengan para pelajar dan kakitangan.

Sesi kaunseling di kampus Sungai Petani tidak lagi dijalankan oleh Yahya kerana difahamkan dia putus cinta dengan salah seorang pelajar di situ. Malah, salah seorang kakitangan wanita di Perpustakaan Kolej Universiti Insaniah juga turut menjadi mangsa kaunseling cinta Yahya Kaunselor Kasanova. Turut terlibat adalah seorang pelajar Semester 5 Kuliyyah Syariah.

Perangai hamlau Yahya Kaunselor Kasanova cukup diketahui oleh Dekan HEP. Bagaimanapun, kes-kes ini lebih banyak disembunyikan dari pengetahuan umum untuk menjaga nama baik PAS Kedah dan pengurusan serta pentadbiran KUIN.

Amat memalukan apabila Rektor KUIN mempunyai kakitangan kesayangan yang buruk perangai seperti ini!


SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog