pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, May 31, 2012

Panas !!! Bakal Perdana Menteri PAS Kantoi menipu


mahfuz



Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, mungkin marah dengan kenyataan Presiden DAP, Karpal Singh yang berjuang mahu melihat seorang bukan Melayu Muslim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maklumlah, bukankah Mahfuz mengaku dia mahu menjadi PM sebelum-sebelum ini.
Justeru itu, Mahfuz yang terkenal dengan sikap yang suka mengeluarkan kenyataan tak pakai otak, telah mendakwa bahawa Pakatan Haram sepakat untuk melantik seorang Melayu Muslim sebagai PM sekiranya mereka berkuasa, asalkan bukan pemimpin dari UMNO atau BN. 
Mahfuz masih lagi membandingkan peratusan pengundi Melayu yang kononnya menolak UMNO pada PRU ke-12 yang lalu sebagai batu asas untuk mengukur sokongan orang Melayu kepada Najib dan UMNO. 
Saya tertanya-tanya, sejak bila Pakatan Haram menetapkan untuk melantik seorang Melayu Muslim sebagai Perdana Menteri? 
Sebenarnya, persoalan mengenai siapa yang akan menjadi PM sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya pernah dilontarkan oleh para media sebelum ini kepada para pemimpin pembangkang. 
Namun sebagaimana biasa, Anwar mahu menjadi PM bagi pihak PKR, PAS mahu Hadi Awang jadi PM bagi pihak mereka, manakala DAP melalui kenyataan Karpal memperjuang dan mahu melihat seorang yang bukan Melayu Muslim sebagai PM. 
Dari kenyataan pihak Pakatan Haram sendiri, mereka enggan menjawab soalan mengenai siapa yang akan dilantik sebagai PM sekiranya mereka berjaya menewaskan BN pada PRU ke-13 ini. Mereka tak mahu beri nama sebab masing-masing mahu pemimpin parti masing-masing jadi PM! 
Dan yang paling jelas, PAKATAN HARAM TAK PERNAH BERSETUJU ATAU SEPAKAT UNTUK MELANTIK SAMA ADA SEORANG MELAYU MUSLIM ATAU BUKAN MELAYU MUSLIM SEBAGAI PM JIKA MEREKA BERJAYA MENJAJAH PUTRAJAYA. 
Jadi, dari mana faktanya Mahfuz berkata Pakatan Haram sudah sepakat mahu melantik pemimpin Melayu Muslim sebagai PM? 
INI MENUNJUKKAN BAHAWA MAHFUZ MENIPU..!!! 
Lagipun, siapa Mahfuz untuk berkata demikian? Dia bukan Ketua Pembangkang dan dia bukan Presiden atau Mursyidul Am PAS! Apakah kata-kata dari Naib Presiden dari parti yang “dikeldaikan” DAP selama ini mampu menafikan kenyataan Pengerusi DAP? 
Mahfuz nak rasa “tempeleng” dari Gobind Singh, ke? 
Pada pandangan saya, Mahfuz terpaksa menipu untuk menyelamatkan keadaan PAS yang tersepit dengan kenyataan Karpal itu.
PAS sedar bahawa kenyataan dari Pengerusi DAP itu akan memburukkan lagi ‘sindrom meninggalkan PAS’ yang sedang dihadapi parti itu akibat para pemimpinnya yang dilihat seolah-olah ‘makan nasi kangkang DAP’. 
PAS sedar bahawa mereka semakin hilang sokongan dari umat Islam setelah menolak agenda menyatupadukan ummah dan menjadi “pekakas” DAP kafir harbi dan PKR agen Yahudi.
Jadi, mahu atau tidak, PAS terpaksa mengarahkan Naib Presidennya yang paling bodoh untuk mengeluarkan kenyataan bodoh dan berbohong kepada umat Islam untuk meredakan kebencian umat Islam yang semakin ketara terhadap kebaculan PAS. 
Mahfuz yang “gila glamour” memang suka dengan idea yang memberikan publisiti murahan kepadanya dan tidak pernah terlintas di akalnya bahawa dia akan ditertawakan oleh majoriti rakyat Malaysia sama ada Melayu atau bukan Melayu! 
Tahniah kepada Mahfuz atas cubaan menipunya yang gagal dan harapan saya agar Mahfuz tidak akan “frust menonggeng” jika dia tidak menjadi Perdana Menteri sampai ke akhir hayatnya. Kalau nak sangat jadi PM, bertandinglah di Israel, mungkin Mahfuz boleh jadi PM atas restu Anwar… 
Sumber: Klik sini

Jom Layan video Hasan Ali tibai Mahpuz 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog