pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, May 29, 2012

Bersyukur Tuan guru Harun Din selamat menjalani pembedahan dan harapan seorang blogger pro BN terhadap Tuan Guru harun Din.


Alhamdulillah,Pisau Kedah bersyukur Timbalan Mursidul Am PAS Tuan Guru Harun Din selamat menjalani pembedahan selama 10 jam di Standford Hospital & Clinics,San Francisco,California,Amerika Syarikat (AS) pada 2 April lalu.

Bagi Pisau Kedah yang menyokong UMNO,cukup hormat dengan Tuan guru Harun Din,bagi Pisau Kedah hanya berbeza pandangan politik tak bererti Pisau Kedah menentang Tuan Guru yang cukup Pisau Kedah sanjungi sebagai seorang Ulama."Islam dan politik tak dapat di pisahkan,tetapi akan memudaratkan Islam sekiranya Islam di politikan".

Pisau Kedah berharap sangat sekiranya Tuan Guru Harun Din mengantikan Nik Aziz yang semakin lama semakin merapu,sehingga sangup memperdagangkan Islam demi kepentingan politik dan menjadikan syurga milik Allah S.W.T sebagai bahan imbuhan untuk berkempen.

Ternyata kempen undi PAS masuk syurga adalah satu permainan pemikiran untuk menipu daya supaya dapat menarik pengundi untuk memberi undi tanpa mengira kesalahan besar memperdagangkan syurga milik Allah  S.W.T.

Sebagai umat Islam pasti kita akan percaya syurga itu milik Allah S.W.T dan bukan milik Parti PAS yang merupakan parti politik semata-mata dan mempergunakan dasar perjuangan Islam sebagai penipuan untuk mempengaruhi umat Islam di Malaysia,sedangkan hakikatnya belum tentu pemimpin PAS yang menjanjikan syurga kepada yang mengundi PAS akan di janjikan syurga milik Allah S.W.T sebelum di timbang tara Akhirat nanti,hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui akan amal ibadat dan baik buruk hamba ciptaanya.

Pisau Kedah yakin dengan ketegasan Tuan Guru Harun Din yang cukup tegas dengan pegangan Islam dan di harapkan Tuan Guru harun Din dapat kembalikan arah hala tuju PAS yang mengakui mereka memperjuangkan Islam dan jangan di perdagangkan Islam demi kepentingan politik semata-mata.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog