"Kerajaan tidak pernah mempolitikkan segala perkembangan dan aktiviti yang melibatkan golongan belia. "Buktinya melalui program tinjauan mesra hari ini, kita juga disertai oleh wakil rakyat PAS, Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)," kata Ahmad Shabery kepada pemberita selepas melawat gelanggang futsal 1Malaysia di Presint 16, di sini, Jumaat.
Tinjauan itu turut disertai sembilan anggota parlimen termasuk daripada kerajaan dan pembangkang, 32 wakil kedutaan dan beberapa penaja sambutan program berkenaan.
Mereka dibawa menyaksikan, antaranya pertunjukan demonstrasi sukan permotoran lasak, 'Motorcross Freestyler Extreme' yang menampilkan empat penunggang dunia dari Jepun di tapak litar Freestyler Putrajaya.Para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan hebat daripada empat penunggang motor lasak itu Eigo Sato, Shinichi Kaga, Suzuki Daisuke dan Kugimora Kota bermula pukul 9 malam ini.
Ahmad Shabery berkata pada tahun ini, penyertaan pasukan yang menyertai kejohanan futsal sempena Hari Belia Negara dikurangkan kepada 638 pasukan berbanding 1,000 tahun lepas. -BERNAMA
Lihatlah Video bertapa sportingnya Dato' Shabery dan Datuk Seri Hishammuddin
No comments:
Post a Comment