pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, May 23, 2012

Tu Dia...Rumah urut dengan Negeri pentadbiran Pakatan Haram tak boleh di pisahkan


SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan membuat ketetapan mengenai kegiatan rumah urut yang semakin berleluasa di negeri ini pada mesyuarat mingguan EXCO negeri esok. 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri memandang serius isu itu dan akan mencari jalan terbaik bagi menanganinya termasuk kemungkinan mengadakan rancangan penempatan semula. 
“Saya akan umumkan esok dan akan ada satu keputusan untuk mengatasi masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2012 di Muzium Sultan Alam Shah di sini hari ini. 
Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.Menurut mereka di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya. 
Sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam melaporkan bahawa di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan yang baru dibuka manakala pusat urut juga dibuka di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang. 
Abdul Khalid, bagaimanapun, enggan mengulas gesaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, baru-baru ini supaya menteri besar itu menyerahkan portfolio agama Islam yang dipegangnya kepada pemimpin PAS kerana kegagalan mengawal pertambahan rumah urut di Selangor. 
“Kegiatan rumah urut di Selangor sudahpun berleluasa sebelum 2008 lagi,” katanya.Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) yang bertanggungjawab menguruskan muzium negeri itu perlu mencari pendekatan untuk menarik lebih ramai pengunjung. 
Beliau berkata, PADAT perlu berusaha menjadikan muzium sebagai mesra pengunjung dengan pelbagai aktiviti yang menarik termasuk memikirkan pameran yang lebih moden serta terkini seperti inovasi gajet termasuk i-Pad. 
“Kalau boleh fikirkan cara supaya orang ramai dapat rasakan setiap kali mengunjungi muzium, mereka akan rasa seronok dan hilang tekanan,” katanya. – BERNAMA

Anda jangan terkejut pulak sekiranya PAS Kedah juga memperjuangkan tempat maksiat.kalau tak percaya tengok kenyataan ini..

 

PAS Kedah akan memberi lesen kepada pengusaha rumah maksiat untuk menghalalkan apa yang haram..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog