pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, May 22, 2012

Persoalan yang belum PAS Kedah mampu terjawap setelah pembongkaran kezaliman yang di lakukan terhadap Rakyat


Hingga kehari ini PAS Kedah berdiam diri setelah pembongkaran bagaimana kerakusan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS mengodol balak di padang Terap dan Baling.


Pembalakkan di hutan simpan, kawasan tadahan air dan juga peranginan membuktikan bahawa, Pas Kedah tidak mengunakan otak dalam mentadbir negeri. Kalau nak cari wang untuk pilihanraya pun agak-agakla. Jangan menyusahkan rakyat. Kesan dari pembalakkan di tempat-tempat sedemikian, boleh mencemarkan alam sekitar, merosakkan dan membawa kesan pada penduduk sekitar tempat terbabit.

Contohnya pembalakkan di Baling. Pembalakkan yang berhampiran dengan air terjun Lata Chelak. Dulu Lata Chelak ni adalah kawasan rekreasi, tempat orang berkelah, tapi sekarang, mana ada lagi orang yang berani berkelah. Tengoklah gambar dibawah,


Sudahlah airnya dah keruh disebabkan kesan pembalakkan dikawasan berhampiran. Sampah pula bertimbun-timbun serupa tak pernah dijaga, malahan batang-batang kayu bekas balak yang dipotong pun turut hanyut dibawa air. Kalau berani mandi juga, akibatnya maut yang dicari.

Apabila kita melihat pembalakkan yang mengila di Baling, kita risau perkara yang sama akan terjadi kepada pembalakkan di Pedu, dimana pembalakkan di kawasan hutan simpan yang begitu hampir empangan tasik tadahan air untuk kegunaan rakyat Kedah.

Untuk pengetahuan pembaca blog, penduduk tempatan disana akan adakan tunjuk perasaan bagi membantah pembalakkan yang tidak terkawal dari kerajaan negeri. Apakah kita mahu perkara di Baling berulang lagi di Pedu? 



Pada yang belum pernah baca mengenai artikel balak di Pedu, boleh klik SINI dan kesan pembalakkan di Baling pulak baca kat SINI.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog