pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, May 16, 2012

Panas !!! PAS kini bermain sandiwara dengan DAP untuk menang PRU13

PAS mula bermain sandiwara dengan DAP setelah PAS menyedari akan sokongan umat Islam  yang kian merudum jatuh terhadap parti yang mengakui memperjuangkan Islam..


Demi meraih simpati dari umat Islam,PAS mula bermain wayang hukum hudud di saat-saat kehancuran di dalam politik Malaysia..PAS mengharapkan wayang hukum hudud yang di mainkan akan dapat menutup kisah keganasan dalam BERSHIT yang menjadi punca PAS kian ditolak kerana bersetongkol dengan Ambiga yang nyata mahu merosakan Islam.


Marilah kita lihat bagai mana PAS bermain sandiwara dengan DAP,untuk meraih simpati umat Islam dalam PRU 13.




Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib mengakui bahawa Pakatan Rakyat masih belum mempunyai satu ikatan yang kukuh dalam menentukan hala tuju gabungan itu.

Kenyataan itu diulas Harun berikutan tindakan Presiden DAP, Karpal Singh sebelum yang bertindak menyelar cadangan PAS mahu melaksanakan hukum Hudud jika menang dalam pilihan raya akan datang.

“Saya melihat pakatan masih belum ada satu ikatan yang kuat. Yang mana pakatan ini melantik sesiapa yang menjadi ketua,” katanya.

Harun kemudian menyifatkan Karpal telah melanggar perjanjian manifesto yang dicapai dalam Pakatan Rakyat selain menganggap pemimpin DAP itu tidak menghormati prinsip PAS.

“Mereka tak bersetuju tapi akhirnya akan setuju juga.”

“Jika mereka faham dan lihat kebaikan-kebaikan Islam mereka akan menyokong dan bersetuju.”

Justeru Harun menepis dakwaan yang menyifatkan PAS hanya sebagai "pak turut" dalam Pakatan Rakyat.


Katanya, gabungan itu bergerak dengan momentum yang sama dalam usaha mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Belum diketepikan. Sama-sama berusaha dalam pakatan untuk menang.”

PAS kebelakangan ini dihujani kritikan pelbagai pihak bersabit pendirian parti itu tentang cadangan pelaksanaan undang-undang Syariah sekiranya Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan negara.

Namun parti itu menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh menerusi muafakat rakyat diutamakan dan telah dipersetujui dalam penegasan bersama Buku Jingga selain meminta agar rakan parti dalam Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada pilihan raya yang bakal diumumkan bila-bila masa. -antarapos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog