pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, May 18, 2012

Apa pandangan Ulama Muda berkenaan Irshad Manji perjuang LGBT



 
AIDCNews – 11/05/12 – Irshad Manji terpaksa menangguhkan semua programnya ke Malaysia yang dijangka bermula esok lapor Pengarah ZI Publication, Ezra Zaid kepada Malaysiakini.Pengarah ZI Publication yang juga penerbit versi terjemahan buku Irshad Manji “Allah, Liberty and Love” ke Bahasa Melayu berkata penannguhan penulis itu disebabkan “gangguan” beberapa NGO Islam di Yogjakarta, Indonesia.“Semua acaranya akan di tangguhkan ke minggu hadapan kerana ada sedikit gangguan daripada beberapa NGO Muslim dan perkara lain semasa beliau di Yogjakarta,”kata Ezra Zaid yang juga pengurus kemasukan Irshad Manji ke negara ini.Ezra Zaid seperti didedahkan oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) adalah anak Datuk Zaid Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik (Setpol) Nurul Izzah.Setpol Nurul Izzah itu pernah berkerja di bawah produksi Ezra Zaid, PopTeeVee untuk terbitan program ‘Fairly Current Show’.Menurut my.linkedin.com Ezra merupakan pengarah ZI Publications dan pengarah PopDigital Sdn Bhd.Popteevee.net melaporkan Ezra merupakan pengacara dan penulis skrip program ‘That Effing Show’ yang diterbitkan oleh syarikat miliknya, PopTeeVee.
“Dialah (Ezra) merupakan tuanpunya penerbitan ZI Publications, yang telah menghasilkan beberapa buku Malaysia yang paling laris dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk buku Amir Muhammad (Rojak), Farish Noor (Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya), Hishamuddin Rais (Tapai), Marina Mahathir (50 Days: Rantings by MM) dan Zaid Ibrahim (Saya Pun Melayu)”, lapor popteevee.net.
Ezra, 29 tahun merupakan graduan dalam bidang Sains Politik dan Falsafah dari University of British Columbia, Vancouver, Kanada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog