Shah Alam - 4 Mei : Gabungan Persatuan Mahasiswa UiTM (Waris Wawasan) hari ini bertindak menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor UiTM Prof. Dato Ir. Sahol Hamid Abu Bakar bagi mendesak pihak UiTM mengenakan tindakan kepada Khalid Mohd Ismath yang telah mencemarkan nama baik kampus UiTM ekoran tindakan beliau mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan ketika demontrasi Bersih 3.0.
Memorandum yang diserahkan oleh Pengerusi Waris Wawasan Mohd Noraizat Norazam itu antara lain mendakwa Khalid Mohd Ismath yang telah banyak kali bertindak di luar batasan telah membawa satu perjuangan yang bertentangan serta boleh memudaratkan keharmonian kampus UiTM dan negara.
Selain menyerahkan memorandum kepada Nasib Canselor UiTM, Noraizat turut menyerahkan dua lagi memorandum iaitu kepada Yang di Pertuan Agung serta Menteri Besar Selangor.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM ketika ditemui pemberita mengakui bahawa tindakan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang iaitu Khalid Mohd Ismath itu telah mencemarkan nama baik UiTM.
"Berdasarkan laporan yang diterima, jelas Khalid melakukan perkara yang salah serta bertentangan dengan undang-undang yang termaktub, jadi kita akan siasat dan lihat apa tindakan seterusnya" katanya kepada para wartawan. - YY
1 comment:
Buang aje budak ni. Belajar di universiti Umno, tapi bukan main menentang. Kalau tak ada tindakan, maka pengurusan universiti harus dikaji semula. Ini universiti Umno untuk mendidik anak bangsa, bukan untuk mendidik pengkhianat.
Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim
Post a Comment