pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, July 11, 2012

Video Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor membidas PAS dan bukti PAS mengadaikan maruah Islam demi DAP.


PAS tak mampu menafikan lagi apabila DAP langsung tidak menghormati kehendak Islam di Negara ini. Malahan DAP tanpa rasa bersalah mempertikai daya usaha untuk mencegah keruntuhan moral dari kalangan anak muda Islam.

Ini terbukti dengan apa yang telah Pisau Kedah petik dari portal malaysiakini "Selangor beku arahan pasangan Muslim di Pawagam".


Sekiranya kita lihat dari segi arahan Majlis Daerah Kuala Selangor, ianya menjurus hanya kepada pasangan Islam yang belum berkahwin.

Ternyata arahan ini adalah menurut kehendak Islam untuk melarang pasangan yang bukan muhrim  berada berdua-duaan di dalam keadaan yang boleh menimbulkan maksiat, tambahan pulak dalam keadaan pawagam yang gelap apa-apa pun boleh berlaku sekiranya berdua-duaan.

Pisau Kedah bersetuju dan menyokong sekiranya siapa- siapa pun atau parti politik mana pun yang mengeluarkan arahan seperti yang di lakukan Majlis Daerah Kuala Selangor untuk kebaikan umat Islam.

Yang menghairankan Pisau Kedah, kenapa PAS yang kita tahu bersama dengan DAP di Selangor langsung tidak mampu bersuara ketika Ronnie Liu dengan lantang mempertikai arahan itu, sedangkan ianya menjurus kepada pasangan Umat Islam.. mana dia suara PAS yang mengaku menegakan Islam, berani memperjuangkan Islam ??

Kalau setakat berani melaungkan memperjuangkan Islam demi keuntungan politik tapi penakut hendak melaksanakan, lebih baik PAS simpan saja laungan mereka tu. Nampak sangat PAS memperdagangkan Islam demi politik.

PAS dalam keadaan politik sekarang terbukti sebuah parti yang kuat dari struktur parti berbanding parti-parti lain dalam pakatan rakyat tapi lemah dari segi pemikiran sehingga sanggup mengadaikan maruah islam hanya kerana takutkan DAP.

Tidak hairanlah dalam senario politik sekarang, PAS di herdik sendiri oleh ahlinya setelah hanya mampu menjadi parti pencacai di dalam Pakatan haram. Patutlah Ustaz Hassan Basri, bekas ketua penerangan PAS Selangor yang kini masih menjadi ahli PAS bangkit menentang kejahilan PAS dan kebiadapan Pakatan Rakyat di Selangor.

Dalam Ustaz Hassan Basri bangkit menentang kejahilan PAS dan kebiadapan Pakatan Rakyat terutamanya DAP di Selangor. Beliau sendiri terpaksa berhadapan dengan caci maki dari kalangan orang dalam parti sendiri yang menabur pelbagai fitnah demi hendak menjilat kekotoran Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang nyata menyampuri usrusan pentadbiran Islam di Selangor.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog