pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 16, 2012

Eksklusif !! Benarkah tindakan membantah pembinaan Memorial Park Sungai Kob adalah rasist ???



Ramai yang anggap tindakan Jawatankuasa Bertindak Membantah Memorial Park, Sungai Kob satu jawatankuasa yang rasist, tapi sebenarnya tidak !!


Bagi Team Media Kedah, Jawatankuasa Bertindak tersebut bukannya rasist kerana mereka memperjuangkan hak mereka mempertahankan kepentingan Melayu yang termaktub dalam undang-undang bahawa Tanah Rizab Melayu adalah hak orang Melayu.


Jika di ambil kira dari bukti yang ada hasil pencarian dipejabat Tanah yang telah dilakukan Jawatankuasa Bertindak tersebut mengesahkan tanah yang hendak di bangunkan Memorial Park untuk di jadikan perusahan peniagaan pekuburan masih dalam Rezab Melayu dan berstatus pertanian.


bukti mengesahkan tanah masih lagi Rezab Melayu.
Bagi membuktikan pihak Jawatankuasa Bertindak Membantah Memorial Park tidak rasist seperti yang di dakwakan, Jawatankuasa Bertindak mengalu-alukan kedatangan bangsa lain untuk diberi keterangan keadaan sebenarnya.

Malahan semalam Team Media Kedah boleh membuktikan Jawatankuasa Bertindak tersebut bukannya jawatankuasa yang rasist apabila kedatangan bangsa lain di khemah kawalan yang didirikan pihak jawatankuasa di layan penuh mesra tanpa pertikaian.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog