pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 16, 2012

Panas !!! ( Bukti PAS kian terdesak) Semakin dekat PRU semakin mengila PAS menabur janji.



Setelah doktrin Undi PAS masuk syurga tidak mendapat sambutan dari golongan atas pagar kini PAS dah tukar doktrinnya Jaminan PAS terhadap keupayaan bangsa.

Bagaimana lah PAS sebelum ini boleh menjanjikan Syurga kepada pengundinya sedangkan Syurga hanyalah milik Allah S.W.T dan Allah S.W.T yang maha mengetahui siapa yang bakal menghuni syurga ciptaanya dan neraka ciptaannya.

Menggunakan doktrin undi PAS masuk syurga menunjukan PAS mempergunakan Islam demi politiknya, ternyata ianya di sedari golongan atas pagar bahawa tindakan PAS memancing undi menampakan kejahilan PAS memperdagangakan Islam.

Setelah PAS merasakan doktrinnya itu tidak mendapat sambutan, kini PAS beralih ke doktrin terbaru Jaminan PAS terhadap keupayaan bangsa.( dah terdesak gila PAS dalam menghadapi PRU13 )

Bukankah sebelum ini PAS pernah menolak UMNO untuk bermuzakarah kerana dasar perjuangan berbeza. UMNO memperjuangkan Melayu dan PAS memperjuangkan Islam dan Nik Aziz pernah mencabar UMNO menukar dasarnya dari perjuangan Bangsa kepada perjuangan Islam kalau nak bermuzakarah perpaduan Islam. Selain itu Nik Aziz juga memberi syarat supaya UMNO harus menerima DAP yang terang-terang mahu menjatuhkan Melayu sekirannya hendak bermuzakarah.

Mengapakah kini PAS pulak telah menukar hala perjuangannya pulak dengan bermain sentimen perjuangan Bangsa . PAS dah lupakah dengan slogan PAS FOR ALL ..

Pisau Kedah rasakan layaklah siapa yang dapat risalah doktrin PAS yang terbaru ini di buangkan dalam tong sampah kerana apa yang di jaminkan PAS itu hanya helah politik semata-mata kerana PAS sendiri merupakan parti yang tidak ada pendirian tetap.

Sebagai bukti PAS parti yang tidak ada pendirian tetap, PAS sendiri pernah mengugurkan dasar perjuangan Negara Islam kepada Negara Kebajikan hanya kerana ingin berada dalam Pakatan haram. Apakah pendirian perjuangan Negara Islam boleh di buang begitu saja sedangkan ianya telah digunakan PAS sejak dahulu lagi. Di mana pendirian PAS ?

Selain itu Hadi Awang juga mengatakan mengekalkan perlembagaan penjajah adalah kafir. Tapi hakikatnya setelah PAS berada dalam Pakatan Haram, Hadi Awang sendiri menandatangani buku jingga bagi mempersetujui sekiranya Pakatan Haram memerintah Malaysia, Pakatan Haram akan memerintah dengan merujuk perjanjian pakatan dalam buku jingga.

Tetapi ternyata apa yang tertulis dalam buku jingga, Pakatan akan mengekalkan perlembagaan yang sedia ada.

Di mana pendirian Hadi Awang setelah mengatakan siapa mengekalkan perlembagaan penjajah di anggap jahiliah dan kafir di dalam amanatnya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog