pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, July 27, 2012

Panas !!! Blogger PAS Kedah kantoi fitnah Team Media Kedah





Agak serius juga dakwaan dari blog pro-PAS/Pakatan Haram, Kedah La, yang kononnya kami, TEAM MEDIA KEDAH, menyiarkan posting-poting berbaur fitnah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini...

Sebagai umat Islam, saya tahu hukum menabur fitnah, apatah lagi di bulan yang mulia ini. Namun, 

Blog tersebut mendakwa kami memfitnah pemimpin dan Kerajaan PAS Kedah mengenai isu balak di Gunung Inas, balak yang dicuri pihak tertentu di Pendang, dan terbaru mengenai projek-projek bernilai jutaan ringgit yang dipercayai diberikan kepada keluarga terdekat MB Kedah, Azizan Razak.


Selain itu, kami juga dituduh pergi ke Danoq mengambil gambar pusat hiburan di sana dan pulang memfitnah Kerajaan PAS Kedah dengan mengatakan bahawa pusat hiburan itu berlaku di Kedah.

Namun, bagi satu isu mengenai kononnya Sanusi Setpol disiasat SPRM berkaitan rasuah RM1.3 juta, kami tegaskan bahawa TMK tidak terlibat dalam dakwaan tersebut. Isu tersebut didakwa SEBUAH BLOG YANG TIADA KENA MENGENA DENGAN TMK.

Lagipun, maklumat yang kami terima bahawa Sanusi tidak disiasat oleh SPRM. Hanya seorang dua KCS yang telah disiasat SPRM. Kami tak cover isu tersebut dan kami tak tahu detailnya...

Sebenarnya, kami sudah membongkar dan mengulas kebenaran mengenai isu-isu tersebut. Gambar-gambar dan modus operandinya sudah pun dibuktikan.

Untuk isu balak di Gunung Inas, rasanya memang jelas bahawa Kerajaan PAS Kedah melanggar undang-undang dan tiada EIA bagi projek "rompak" balak seluas 5,000 hektar di hutan simpan itu. Kalau tidak, takkanlah Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian arahkan projek gondolkan balak di situ dihentikan sehingga selesai siasatan, kan?
Wakil Jabatan Hutan Negeri Kedah
Pengarah JAS Kedah



Lagipun, kami turun padang ke sana berhari-hari. Dan dalam kepayahan, kami masuk ke hutan simpan itu walaupun dikatakan bahaya dan diancam oleh pihak-pihak tertentu...

Mengenai isu balak yang dicuri di Pendang, saya sendiri pergi ke kawasan tersebut hasil aduan beberapa hamba Allah yang melaporkan isu berkenaan. Hasilnya, memang ada bukti bergambar yang menunjukkan wujudnya kes balak dicuri pihak tertentu di Bukit Perak.



Sila masuk ke kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak dan lihatlah sendiri. Jika tidak silap saya, Ahli Parlimen PAS Pendang, Dr. Hayati dan Renjer Perhutanan pernah mengesan isu kecurian balak di situ sebelum ini. Sila tanya Dr. Hayati.

Apa yang dipersoalkan ialah sikap lepas tangan PAS yang membiarkan balak-balak bernilai tinggi itu dicuri. Bukannya kami tuduh PAS curi balak di Pendang. Yang terasa sangat tu apsal? Lain la kalau betul-betul hangpa yang curi..! Heh!

Pasal projek-projek mewah yang dipercayai telah diberikan kepada keluarga Azizan Razak tu, rasanya blogger TMK, Kedah Ke KL dah sebut nama syarikatnya. Aku ulang nama syarikat, Paksi Sempena dan Quartzcity Global. Tak payah tipu pasal Board OF Director syarikat-syarikat tu sebab kami tahu siapa dibelakangnya...heh!

Aku dah cabar Sanusi Setpol pasal tu. Kalau dia rasa dia nak selamatkan reputasi Azizan Razak, atau cuba menegakkan benang yang basah, sila sahut cabaran aku. Sebagai Setpol MB, memang tu kerjanya. Lainlah kalau nak kerja dengan MB Kedah yang "baru"...heh!

Aku bagi satu tips lagi kat Sanusi Setpol..."Sila cari di PMBked...heh! Alaaa..MBI tu laaaaa....". Ni aku tolong ni....heh!

Paling best ialah cerita pusat hiburan House Bar kat Alor Mengkudu tu..!!! Heh! Dah memang jelas blogger PAS Kedah FITNAH kami..!!! Aku dan kawan-kawan aku tak payah pergi ke Danoq punnn..!



Sebenarnya, memang aku tak pernah ke Thailand seumur hidup. Kawan-kawan TMK gelak kat aku sebab aku buktikan aku tak pernah ke sana. Ye la..dah memang betul aku tak pernah ke Siam. Nak cakap apa lagi??? Heh!

Aku tegaskan, aku tak pergi ke Danoq dan gambar-gambar yang kami siarkan tu bukan dirakam di sana. Faktanya, gambar-gambar itu kami ambil dari FB House Bar sendiri..!!! Heh! Kat Kedah pun dah ada Danoq. Buat apa buang duit kami, masa dan tenaga kami ke sana??? Heh! Ingat perangai kami macam perangai tok-tok lebai PAS yang suka ke sana tu kaaaa..??? Heh! baca selanjutnya


Pisau Kedah :-

Zulkifli Yahaya,Ketua Penerangan Kerajaan Negeri. Pisau Kedah harapkan ang dapat sampaikan salam Pisau Kedah pada P.A ang. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog