pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, July 31, 2012

Tu Dia !!!! SETPOL Azizan Razak kantoi mengfitnah di bulan Ramadhan.


Azizan Razak, Menteri Besar Kedah patut merasa malu mempunyai seorang setiausaha politik yang benar-benar maha pengfitnah. Jadi Azizan Razak perlu berhati-hati dengan setiausaha politiknya itu.


Setiausaha politik (SETPOL) Azizan Razak yang Pisau kedah maksudkan adalah Muhammad Sanusi Md Nor. SETPOL berkenaan telah mengfitnah dengan terang-terang apabila menuduh blogger Padi Jantan adalah sebahagian dari blogger Team Media Kedah dalam artikel blognya tanpa menyiasat terlebih dahulu kebenarannya.




klik untuk pebesarkan
Padi Jantan merupakan sahabat bagi kami di dalam Team Media Kedah dan bukannya blogger yang bergerak di dalam Team Media Kedah seperti mana McTheory, Medan Tempur Kedah, DukeOfUMNO, Kamera Kupang dan Pisau Kedah sendiri.

Team Media Kedah juga mempunyai lebih dari 45 orang Cybertrooper di seluruh Kedah yang bergerak di bawah Team Media Kedah. Antara Cybertooper Team Media Kedah yang kini berada di dalam Team Media Kedah, adalah Aktivis UMNO Pekan Naka, Dahlia B Lada, Airiesya Sweet, Nizam Wahab, Aiman Rosis, Honney SunLay, Fikrie Fauzi dan beberapa orang lagi cybertrooper yang akan memerangi dakyah palsu dari Pakatan Haram.

Team Media Kedah juga mempunyai ramai imformer di Kedah. Imformer kami terdiri dari golongan atas pagar, golongan yang berada di dalam UMNO dan ada juga Imformer yang berada di dalam PAS dan PKR Kedah sendiri.

Pisau Kedah secara peribadi juga pernah bertemu Padi Jantan bersama ketua Team Media Kedah, Mctheory (blogger kedahkekl.blogspot.com) ketika kes Madrasah Salihiah sebelum ini.

Untuk pengetahuan SETPOL Azizan Razak, Padi Jantan mempunyai jalan perjuangannya tersendiri, seperti mana juga blogger Team Media Kedah dan cybertrooper Team Media Kedah yang lain yang mempunyai jalan perjuangan tersendiri di dalam dunia maya ini.

Apa yang Pisau Kedah dapat tahu, punca SETPOL Azizan Razak mengfitnah Team Media Kedah adalah kerana tidak berpuas hati dengan Padi Jantan di sebabkan pendedahan Padi Jantan mengatakan pembabitan SETPOL Azizan Razak itu di dalam kes menyelewengan RM 1.3 juta tempoh hari.

Kami blogger Team Media Kedah tidak mempunyai bukti untuk menuduh SETPOL Azizan Razak terbabit di dalam penyelewengan tersebut. Di sebabkan tidak mempunyai bukti yang kukuh kami di Team Media Kedah tidak menyatakan SETPOL Azizan Razak terbabit di dalam penyelewengan yang di perkatakan Padi Jantan.

Secara peribadinya Pisau Kedah sendiri pernah membawa keluar satu artikel yang meminta kesahihan dari kerajaan negeri dengan khabar berita yang menyatakan SETPOL Azizan Razak di tahan pihak SPRM kerana terbabit di dalam kes penyelewengan wang yang berjumlah RM1.3 Juta di sini.

Sehingga ke hari ini Pisau Kedah melihat tiada seorang pun blogger dari Team Media Kedah yang pernah membawa keluar satu artikel pun menuduh SETPOL Azizan Razak terlibat di dalam kes penyelewengan tersebut dan Team Media Kedah sendiri tidak tahu apakah benar penyelewengan tersebut wujud.

Kami di pihak Team Media Kedah mempunyai prinsip tidak akan mengeluarkan satu pendedahan tanpa bukti sahih dari maklumat yang Team Media Kedah perolehi. Setiap pendedahan yang di lakukan Team Media Kedah sebelum ini mempunyai bukti. Seperti mana pendedahan mengenai pembalakan, pendedahan mengenai pusat hiburan dan pendedahan mengenai Kolej Universiti Insaniah.

Terbaru, untu pengetahuan Team Media Kedah akan mendedahkan bagaimana Azizan Razak tidak telus di dalam menjalan tugasnya sebagai Menteri Besar dengan memberi projek kepada Kroni dengan nilai jutaan ringgit. Ianya akan di dedahkan Team Media Kedah dari semasa ke semasa.

Oleh itu SETPOL Azizan Razak tak perlu la membuat tuduhan yang membuta tuli tanpa asas langsung dan jangan bimbang kami blogger di Team Media kedah tidak akan membuat tuduhan yang membuta tuli tanpa asas langsung.


Pisau Kedah :-

Sempena bulan Ramadhan di harapkan blogger Pakatan Haram kalau nak menghantam Team Media Kedah pun biarlah berasas tanpa tuduhan yang membuta tuli. Ingatlah mengfitnah itu adalah berdosa besar.

Antara fitnah blogger PAS yang terbesar adalah menuduh kami di Team Media Kedah telah di upah UMNO Negeri untuk masuk ke Danok, Thailand mengambil gambar pusat hiburan di sana dan mengatakan gambar itu adalah apa yang berlaku di House Bar, Alor Setar.

Sedangkan hakikatnya sekiranya kita masuk ke dalam Facebook rasmi House Bar, Alor Setar. Bermacam-macam gambar yang menghairahkan di upload di situ.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog