pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 16, 2012

Panas !!! Azizan Razak buat PAS malu dengan sabotaj Himpunan Oren



Nampaknya boleh dikatakan di dalam ramai-ramai para pemimpin PAS, hanya Azizan Razak saja yang cerdik dan sedar bahawa penyenaraian FGVH membawa rahmat dan keuntungan besar kepada rakyat dan negara.

Sedang Mazlan Aliman, Mat Sabu, Nizar Jamaluddin dan ramai lagi para pemimpin PAS berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara membantah penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, rasanya Azizan sedang sebok mengira keuntungan yang diperoleh dari saham FGVH.


Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang dipengerusikan oleh Azizan sebelum ini begitu bijak membeli saham FGVH sebanyak 500,000 unit dan mendapat keuntungan pertamanya dengan penjualan awal sebanyak 50,000 unit.

Pengesahan pembelian saham FGVH oleh PKNK itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim, yang menyatakan anak syarikat negeri Kedah itu ada membeli saham bernilai RM2,275,000!
Pelik benar tindakan Azizan Razak. Sedang Mazlan Aliman dan Timbalan Presiden PAS membantah penyenaraian itu, Azizan pula membeli saham FGVH melalui anak syarikat kerajaan negeri tersebut.
Apakah Azizan cuba mencabar kempen Mazlan Aliman dan Mat Sabu?

Apakah dia cuba melakukan sabotaj kepada propaganda PAS yang beriya-iya menentang penyenaraian FGVH di Bursa Saham?

Dan lebih jelas, apakah Azizan sengaja membuktikan bahawa segala usaha Mazlan Aliman dan PAS Pusat itu sebenarnya adalah satu usaha bodoh dan memperbodoh-bodohkan rakyat serta para peneroka di seluruh negara?
Pada saya, Azizan tidak akan membenarkan PKNK membeli saham FGVH itu sekiranya dia tidak yakin bahawa saham tersebut membawa keuntungan kepada pelaburan anak syarikat kerajaan negeri yang dipengerusikannya itu.

Jelaslah dengan tindakannya membenarkan CEO PKNK untuk membeli saham tersebut menunjukkan bahawa Azizan tahu mengenai keuntungan yang akan diperoleh oleh anak syarikat negeri Kedah.

Yang bodohnya ialah Mazlan Aliman, Mat Sabu, Nizar Jamaluddin yang “buta” dan cuba memperbodohkan rakyat serta para peneroka, kononnya saham FGVH itu merugikan semua pihak.

Sudahlah bodoh, diheretnya pula para penyokong PAS dan Pakatan Haram sama-sama bodoh untuk berarak menuju ke Istana Negara menunjukkan kebodohan mereka di depan DYMM Yang DiPertuan Agong.

Mereka fikir DYMM Yang DiPertuan Agong akan menyebelahi pembohongan yang mereka serahkan di dalam memorandum bantahan itu?

Maaflah, rasanya Baginda lebih berpengalaman dan lebih tahu tentang penyenaraian FGVH yang banyak memberi manfaat dan faedah kepada para peneroka dan rakyat di negara ini.

Jika tidak, sudah tentu Menteri Besar di negeri naungan DYMM Yang DiPertuan Agong tidak akan membeli saham tersebut. Bukankah Baginda juga merupakan Sultan Kedah yang mempunyai hubungan baik dengan Azizan Razak?

Saya fikir, sudah tentu Baginda akan meminta pandangan Azizan Razak mengenai penyenaraian FGVH itu memandangkan Menteri Besar itu ada membeli saham Felda itu melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah.

Sayu gila dimaklumkan kepada Mazlan Aliman, tak payahlah bersusah payah mempamerkan kebodohan diri sendiri di Istana Negara dan di hadapan rakyat serta peneroka kerana sememangnya penyenaraian FGVH itu adalah antara keputusan terbaik yang pernah dilakukan di dalam Felda…

Sumber :- mykmu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog