pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, July 15, 2012

Pendedahan kegagalan Himpunan OREN gagal

Himpunan Oren-Pau Duit
Mulanya penganjur Himpunan Oren anti Felda menjangkakan 20,000 orang peneroka akan menyertai perhimpunan tersebut yang bermatlamat menyampaikan memorandum kepada YDP Agong seterusnya menuntut campurtangan Tuanku untuk menarik balik penyenaraian FGVH dari BSKL.

Bagi meramaikan lagi perhimpunan itu, PAS melalui Setiausaha Agungnya mengeluarkan pula surat pekeliling kerahan tenaga kepada semua ahli PAS dengan tujuan untuk meramaikan lagi kehadiran di himpunan anjuran Persatuan Kebangsaan Anak-anak Peneroka Peneroka (ANAK), sebuah NGO yang merupakan proksi kepada PAS.

Manakala portal berita pro pembangkang, Malaysiakini menyatakan sehingga 5,000 orang telah menyertai himpunan tersebut yang bermula sejak jam 2.00 petang hinggalah tamat pada hampir jam 4 petang.

Harubirukahdaily yang merupakan lidah rasmi online PAS pula berkata puluhan ribu peserta menghadiri himpunan tersebut. Nampak sangat temberangnya.

Angka yang paling tepat pada penulis hanya sekitar 2,000 orang saja dan rata-rata peserta bukannya peneroka pun, lebih 90% peserta adalah ahli PAS dari pelbagai negeri termasuklah ada yang diangkut menggunakan bas dan dikerah meramaikan himpunan tersebut.

Hanya kurang 10% saja yang betul-betul peneroka itupun dari jenis yang dah memang totok PAS sejak dulu kala, spesis yang mengikut saja apa pemimpin PAS kata tanpa mengira betul atau salah.

Suasana himpunan pun tak begitu nampak bersemangat barangkali masing-masing tak jangka jumlah yang menyertainya jauh tersasar berbanding 20,000 orang peserta yang menjadi sasaran awal.

Ramai peserta yang kelihatan bersidai di tepi-tepi bahu jalan, bersembang sesama sendiri tanpa mempedulikan ucapan pemimpin pembangkang yang banyak memfokuskan serangan peribadi ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib dan Pengerusi Felda, Isa Samad.
Ada juga yang datang semacam hanya untuk berseronok apabila tatkala pemimpin mereka berucap, terompet asyik berbunyi silih ganti, ingatkan hanya yang muda saja gatal mulut meniup terompet rupanya ramai juga peserta veteran pun kemaruk nak meniupnya sampaikan ada yang memandang sinis.

Dikalangan peserta kerap juga penulis ternampak ada anak kecil turut sama bersama ibu dan bapa mereka sekalipun panas terik mentari agak membakar kepala tika itu.

Secara keseluruhannya, himpunan oren anjuran proksi PAS ini gagal sama sekali. Gagal dari segi jumlah dan gagal dari segi latar belakang matlamat 




2 comments:

Anonymous said...

Aku mulanya tak sokong memana...tp aku dan 9 org lg kwn sj pi ikut himpunan oren....memang aman..dan yg paling penting kompom lebih 10000 org dan lebih sgt2....jd bila aku bc blogger2 pro umno ni suma kata dlm 1000-2000 aku jd heran...jd tambah kuat keyakinan aku hampa kaki fitnah...fitnah mmg betul la darah daging hampa...aku dah jd meluat dgn hampa...kalau mcm nilah..mcmana nak tarik org atas pagar..hg perosakk lah...fitnah terang2...aku pi sana aku tau
Dan hr ni tanpa segan silu aku dan 9 lagi lwn aku tentang umno

Anonymous said...

Tanpa Nama 2:40 PTG,

Aku memula tak sokong memana... Tapi bila aku heran tgk orang bukan felda tiba2 lebih sudu dari kuah mcm ko, trus aku sokong BN.

Menghasut tu mmmg betul la darah daging korang... Dan hari ni tanpa segan silu aku cakap pegi jahanam la dgn ko punya atas pagar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog