pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, July 20, 2012

( Video debat ) Siapa pilihan orang muda dalam PRU 13





SHAH ALAM - Golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain.

"Banyak kategori pemimpin yang perlu ditolak orang muda antara yang lain ialah mereka yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang yang dipimpin.

"Mana mungkin seseorang yang tidak memiliki kepakaran akan berjaya dalam bidang yang dipimpinnya, justeru, orang muda perlu bijak menilai siapa pemimpin yang akan mereka pilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti," kata beliau pada Debat Sinar Harian bertajuk PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sebentar tadi.

Debat yang menemukan beliau dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dipengerusikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Menurutnya, disebabkan golongan muda sinonim dengan perlakuan agresif, parti politik memainkan peranan penting dalam mendidik mereka mengenai cara berpolitik yang betul dan tidak bersandar kepada maklumat yang mereka peroleh daripada laman sosial. seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog