pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, July 31, 2012

Panas !!! Lim Guan Eng membuktikan DAP menolak Negara Islam dan Hukum Hudud





Akhirnya bagai satu tamparan buat PAS setelah membohongi umat Islam menyatakan DAP menerima Hudud PAS setelah bersama dengan PAS di dalam Pakatan Haram.

Dengan pengakuan Lim Guan Eng sudah terbukti sehingga ke hari ini, PAS hanya bermain politik wayang dengan menyatakan Pakatan Haram sedia melaksanakan hukum Hudud sekiranya Pakatan Haram memerintah Malaysia.

Harus di ingat PAS tidak mampu mempertahankan prinsip parti setelah berada di dalam Pakatan Haram. Sebagai contoh, PAS sendiri terpaksa mengugurkan dasar parti yang di perjuangkan sebelum ini setelah mahu menyertai Pakatan Haram.

Dasar perjuangan Negara Islam telah wujud sejak dahulu lagi di dalam dasar parti PAS. Namun terpaksa di gugurkan setelah desakan di lakukan oleh DAP setelah menentang kewujudan Malaysia sebagai Negara Islam dan atas desakan itu PAS terpaksa mengantikan dasar perjuangan Negara Berkebajikan dengan mengunakan alasan Negara Islam tidak ada di dalam Al-Quran.

Selain itu PAS kena sedarkan diri bahawa parti PAS yang berada di dalam Pakatan Haram hanyalah sebagai parti pencacai walau pun pada segi zahirnya PAS merupakan parti yang kukuh berbanding parti lain di dalam Pakatan Haram kerana mempunyai struktur jentera parti yang boleh di katakan yang terbaik di dalam Pakatan Haram. Tapi di sebabkan tamak kepada kuasa PAS tidak memperdulikan semua itu.

Dalam PAS yang menyatakan mereka memperjuangkan Hukum Islam, sebenarnya PAS tidak mampu melaksanakan setelah berada di dalam Pakatan Haram kerana sudah termaktub di dalam perjanjian dasar Pakatan Haram, hukum Hudud bukan agenda utama di dalam Pakatan Haram menawan Putrajaya. Ianya di akui sendiri oleh Naib Presiden PAS Mustafa Ali.


Jika benar PAS ikhlas memperjuangkan Hukum Hudud, kenapa PAS yang sebelum ini mengakui PAS merupakan parti dominan dalam Pakatan Haram tidak mempertahankan perjuangan mereka, meletakan Hukum Hudud merupakan agenda utama di dalam Pakatan Haram mahu menawan Putrajaya.

Sekiranya benar PAS parti dominan mengapa PAS terpaksa bersetuju dengan dasar perjanjian bersama Pakatan Haram berpandukan buku Jingga yang ternyata tidak di sebut langsung bab Hukum Hudud. Malahan yang tercatat di dalam buku jingga adalah, Pakatan Haram bersedia mempertahankan perlembagaan sedia ada yang dahulunya pernah UMNO di kafirkan kerana menguna pakai perlembagaan yang di anggap perlembagaan penjajah.

Dalam dasar perjanjian bersama Pakatan Haram, buku jingga merupakan panduan yang perlu kesemua parti dalam Pakatan Haram persetujui. Maka PAS tidak boleh sewenang-wenangnya melanggar perjanjian yang telah termaktub di dalam buku jingga.

Sekiranya PAS melanggar perjanjian yang di lakukan dalam dasar bersama, ini menunjukan Pakatan Haram merupakan satu gabungan parti politik yang rapuh. 

Satu gabungan parti politik yang rapuh terlalu sukar untuk mentadbir negara

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog