pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, July 26, 2012

Tu dia !!! Presiden Seniman Malaysia mengamuk pasal politik



Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menegaskan, meskipun menyertai parti politik merupakan hak setiap individu, penggiat seni tidak sepatutnya mencampur aduk antara politik dan bidang seni demi kepentingan masing-masing.
“Jika artis mahu menyertai mana-mana parti politik, itu terpulang kepada mereka.
“Perjuangan politik negara dan perjuangan seni tanah air adalah sesuatu yang amat berbeza dan tidak boleh dicampur aduk. Jangan melibatkan kepentingan peribadi apabila menyertai parti politik,” kata Zed Zaidi ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Tambah beliau, golongan artis perlu mengambil sikap neutral kerana perjuangan mereka adalah semata-mata untuk kesemua ahli persatuan tanpa mengira fahaman politik.
“Jika mana-mana artis mahu sertai parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang, itu tidak menjadi satu masalah.
“Terpulang kepada prinsip dan ideologi masing-masing,” kata beliau mengulas perkembangan artis menyertai parti-parti politik, kedua-dua komponen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau juga berkata, tidak mengira fahaman politik, apa yang penting ialah penggiat seni tanah air perlu sama-sama membantu dan bekerjasama dalam pembangunan industri dan perjuangan seni harus diteruskan.
“Negara kita ada undang-undang. Jadi masuklah mana-mana parti politik sekali pun, asalkan tidak menghina agama, menyentuh sensitiviti kaum atau mengutuk pemerintah kita, mereka masih boleh kekal berpolitik,” tegasnya.
Beliau menambah, golongan artis tidak sewenang-wenangnya memberi persepsi negatif jika mereka menyertai parti pembangkang, produk mereka akan diharamkan untuk  disiarkan dalam media kerana Seniman akan terus berusaha membela nasib artis.
“Janganlah apabila masuk saja parti pembangkang, terus saja cakap lepas ni tidak boleh masuk media arus perdana lagi. Jika betul perkara ini berlaku, beritahu kami, saya sendiri akan siasat mengenai perkara ini,”  Zed Zaidi.-SH-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog