pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, July 17, 2012

Tu Diaa !!! Badut PAS, Mahpuz Bean kena penampar dengan Blogger DR MiM





Begitu mudah Mahfuz Omar mendakwa kononnya Muhyiddin Yassin 'tidak sabar menggantikan Najib Razak'.

Tetapi beliau sendiri tidak sedar bahawa kenyataan terbaru beliau tentang Felda Global Ventures Holding (FGVH) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) seolah-olah beliau yang sebenarnya tidak sabar mengganti tempat Azizan Razak di negeri Kedah!

Apa tidaknya, Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pengerusi PKNK, belum lagi mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan PKNK membeli 500,000 unit saham FGVH.

Mahfuz Omar juga bukan ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk bercakap bagi pihak PKNK.


Malah, Mahfuz Omar juga bukan Exco Negeri Kedah untuk memperkatakan isu anak syarikat kerajaan negeri Kedah!

Maka, jika Mahfuz Omar tidak ada bidang kuasa terhadap PKNK dan kerajaan negeri Kedah, mengapa beliau pula yang menyibuk menjawab isu pembelian kontroversi 500,000 unit saham FGVH oleh PKNK?

Kenapa Mahfuz Omar mendahului Azizan Razak PAS di Kedah?

Apakah terdapat perselisihan faham dan perebutan kuasa di dalam PAS Kedah?

Apakah Mahfuz Omar bercita-cita untuk mengambil alih kerusi Menteri Besar daripada Azizan Razak yang dilihat 'tidak sebulu' dengan aspirasi Pakatan Rakyat?
Mahfuz Omar berkata bahawa kakitangan PKNK adalah profesional tetapi mereka 'salah urus'!
Jika Mahfuz Omar tiada authority dalam PKNK, apakah tuduhan beliau yang mendakwa 'salah urus kakitangan PKNK' sebagai satu penghinaan terhadap agensi di bawah Azizan Razak PAS?

Sila baca di bawah :

PAS melihat pemilikan 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah disebabkan “salah urus” kakitangan syarikat berkenaan yang “telah biasa” membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) menjelaskan, kakitangan syarikat tersebut berkemungkinan telah membuat keputusan untuk membeli saham FGVH itu berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan “pegangan politik” kerajaan negeri tersebut.

“Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno. 

Baca Seterusnya




2 comments:

Anak Kedah said...

Bro, gua tak dapat nak tahan gelak bro..kah3..bukan sebab badut..tp sbb cara lu tulis. kah3...

Anonymous said...

Malang sekali kalu Mahfuss jadi MB Kedah tak dapat aku nak bayangkan kalu tahun 60an mungkin sesuai kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog