pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, July 25, 2012

PBB Didesak Campur Tangan Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya

Zalim :  Kanak-kanak Rohingya turut dibunuh
secara kejam oleh etnik Rakhine

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) didesak campur tangan untuk menghentikan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.

Kebimbangan ini disuarakan oleh sebuah pertubuhan bersama 50 bangsa Rohingya dengan menyerahkan petisyen kepada Anuar Patel Penasihat Keselamatan PBB di Malaysia, Singapura dan Brunei dan pakar penyelaras PBB Dr. Lim Mui Kiang.

Petisyen yang mengandungi lapan perkara itu diserahkan oleh jawatankuasa bertindak Mohd Azmi Abdul Hamid, bersempena Hari Perpaduan Antarabangsa antara lain bertujuan menyuarakan bantahan terhadap tindakan kejam kerajaan Myanmar ke atas kaum minoriti Rohingya di Myanmar.

Selain itu badan-badan dan agensi antarabangsa untuk mengadakan sidang tergempar bagi mencari penyelesaian nasib rakyat Rohingya di sana dan menuntut kerajaan Myanmar menerima kaum Rohingya sebagai warganegara yang sah di negara itu.
Penderitaan sebenar bangsa Rohingya sebenar tidak dilaporkan telus oleh media antarabangsa sejak tercetusnya insiden itu pada 3 Jun 2012.

Media antarabangsa melaporkan hanya 50 terkorban sedangkan ribuan rakyat Rohingya telah dibunuh secara kejam oleh etnik Rakhine yang bekerjasama dengan polis dan tentera Myanmar.


Mohd Azmi turut berkata satu delegasi khas yang diwakili oleh Thailand, Kemboja, Indonesia dan Malaysia itu akan ke Yangon minggu hadapan untuk bertemu Aung Sang Suu Kyi.

Patel yang menerima petisyen tersebut berjanji akan menyerahkan petisyen itu kepada orang-orang tertentu di dalam PBB. Selepas menyerahkan petisyen Mohd Azmi dan 50 rakyat Rohingya mengadakan perhimpunan aman di luar bangunan itu.- editor/PjO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog