pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, July 24, 2012

Isu Saham FGVH yang di miliki PKNK selesai, Azizan Razak malu besar





JERLUN, 23 Julai – Isu pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang membabitkan 500 ribu unit dan bernilai lebih RM2 juta biarpun dikatakan sudah selesai apabila PKNK diarahkan untuk menjualkan saham itu semula hakikatnya menimbulkan persoalan yang mendalam iaitu siapa sebenarnya yang berbohong? 
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun, Aswad Abu Bakar berkata PKNK adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah di mana Pengerusi PKNK ialah Menteri Besar Kedah iaitu Datuk  Seri Azizan Abdul Razak di samping dua orang Exco Kerajaan Negeri Kedah  iaitu Datuk  Pahrolrazri dan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNK. 
“Persoalannya di sini, adakah Pas Kedah sehaluan dengan pimpinan pakatan pembangkang yang menolak secara total cadangan penyenaraian saham FGVH kepada umum. Daripada situasi ini dapat disimpulkan bahawa Pas Negeri Kedah tidak sehaluan dengan keputusan pakatan pembangkang di peringkat pusat. 
“Hakikatnya, PKNK perlu mendapat keputusan daripada YAB Menteri Besar Kedah untuk membeli saham tersebut. Menteri Besar Kedah perlu menandatangani persetujuan tersebut. Namun ianya dilakukan berbeza dengan apa yang dipersetujui di peringkat pusat pakatan pembangkang itu sendiri,” ujarnya mengulas kemelut PKNK dalam pembelian saham FGVH baru-baru ini. 
Justeru tambahnya, isu ini adalah kesinambungan daripada rentetan isu berbeza dasar Kerajaan Pas Kedah dengan pimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat. 
Sebelum ini katanya lagi kerajaan Pas Kedah berdepan dengan isu ternakan babi, isu penggantungan pelajar KUIN dan isu perlantikan Exco Kerajaan Negeri. 
Ini tegas beliau menunjukkan bukti betapa pimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat tidak mampu untuk memastikan pimpinan Kerajaan-Kerajaan Negeri berada dalam landasan yang sama seperti yang diputuskan oleh pusat. 
“Sekiranya pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara kemungkinan besar dasar-dasar yang dipersetujui di peringkat Kerajaan Persekutuan tidak akan dilaksanakan d iperingkat negeri. Ini akan menyebabkan rakyat akan menjadi mangsa daripada ketidakseragaman ini. 
“Walaubagaimana pun rakyat negeri Kedah masih mempunyai peluang untuk merubah keadaan ini dengan memberi ruang dan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk kembali menerajui Kerajaan Negeri Kedah. Sekiranya mandat ini diberikan maka perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog