pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, July 5, 2012

Panas !!!! Menteri Besar Kedah suku nyawa kena balun dengan Datuk Bashah


UMNO Kedah menyelar sindrom sembunyi masalah yang diamalkan kerajaan PAS Kedah dan menyifatkan tindakan berkenaan adalah bukti PAS tidak berupaya mentadbir negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerap kali apabila ada masalah disuarakan rakyat, NGO dan pemimpin masyarakat, kerajaan negeri akan berkata “tidak ada masalahpun”.

“Terbaru dalam masalah Kolej Universiti Insaniah. Kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak semalam yang berkata tidak ada masalah di pusat pengajian berkenaan jelas mengambarkan sikap lepas tangan dan sapu sampah masuk bawah tikar.”

“Bagaimana beliau berkata tidak ada masalah sedangkan para pekerja sedang keluh kesah dengan masalah gaji lambat dibayar, tiada kenaikan gaji dan kemudahan lain sementara pelajar pula ditekan dengan pelbagai kenaikan bayaran. Masalah besar sedang melanda institusi berkenaan.”

“Saya tidak faham dengan sikap pentadbiran PAS Kedah ini. Bagaimana mereka boleh bersikap pejam mata terhadap masalah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Murid Cemerlang 1Malaysia peringkat Daerah Kota Setar di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata begitu juga pelbagai isu yang dibangkitkan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang gagal dijawab kerajaan negeri, sebaliknya mereka mengamalkan tindakan menyerang Keng Liang.

“Keng Liang menyuarakan isu rakyat tetapi kerajaan Negeri tidak peduli apa yang didedahkan itu. Belajarlah menjadi kerajaan yang bertanggungjawab,” kata Ahmad Bashah, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Kedah - Portalumnokedah


Pisau Kedah :- 

Kepada siapa yang tak tahu masalah sebenar yang menghantui Kerajaan Negeri Kedah sila baca :-






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog