pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 9, 2012

Ganas !!! Sepasang penjenayah menyerang Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dengan mengunakan pedang samurai dan parang


Kecekapan pihak Polis berjaya menumpaskan cubaan
menyerang Jabatan Perdana Menteri


PUTRAJAYA, 9 Julai - Dua individu tidak dikenali bersenjatakan pedang samurai dan parang telah menceroboh masuk ke kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Percel B kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Menurut maklumat daripada orang awam, kejadian berlaku ketika penjawat awam baru sahaja pulang waktu rehat. Kedua-dua penjenayah lelaki dan perempuan itu berjaya merempuh sekatan pengawal keselamatan yang tidak bersenjata dan mara hingga ke kawasan taman di tengah Kompeks JPM.

Pihak Polis telah berjaya menyuraikan keadaan dengan menembak kedua-dua penjenayah selepas mereka tidak mengendahkan tembakan amaran sebanyak 3 kali. Penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan telah ditembak di kaki.

Dalam kejadian petang tadi, penjenayah tersebut sempat menyerang sebuah kereta polis dan sebuah kereta kancil milik orang awam telah dipecahkan cermin. Motif serangan belum diketahui.

oleh : Kalam Pena

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog