pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 9, 2012

Panas !!! Sidang media Ketua Pemuda UMNO Kedah melondehkan kegagalan pentadbiran PAS di Kedah


Setelah agensi kerajaan gagal siapkan projek perumahan seperti yang pernah di janjikan Pakatan Rakyat dalam manifestor PRU 12. Kerajaan Kedah kini pindahkan tanggungjawab menyediakan rumah mampu milik kepada pemaju swasta.

Sejak 2008, polisi Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah telah mengakibatkan kenaikan mendadak rumah dan rakyat tidak lagi mampu memiliki rumah setelah kerajaan negeri gagal menunaikan janji dalam PRU yang lepas.

Golongan muda dan berpendapatan rendah tidak lagi berkemampuan untuk memiliki rumah terutamanya di kawasan bandar dalam Kedah di mana kerajaan negeri telah gagal membina rumah kos rendah.

Sejak 2009, Kerajaan Kedah telah melancarkan pelbagai projek perumahan untuk menyelesaikan isu ini , tetapi projek -projek tersebut masih gagal di siapkan sehingga kini

Sebagai contoh Bandar Pokok Sena ( 579 rumah kos rendah, 128 rumah mampu milik ) yang di kendalikan anak syarikat PKNK, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd dan telah di lancarkan pada januari 2010 oleh Menteri Besar Kedah, Azizan Razak Sendiri.

Apartment Kos Rendah di Bandar Darulaman Jitra (660 unit Apartment kos rendah) yang di kendalikan anak syarikat Bina Darulaman Bhd, Darulaman Realty Sdn Bhd yang di lancarkan pada Mei 2010 oleh Menteri Besar Kedah juga.

Bandar Tunku Puteri Pokok Sena (528 rumah kos rendah, 400 rumah mampu milik ) yang di kendalikan anak syarikat Bina Darulaman Bhd , Darulaman Realty Sdn Bhd dan di lancarkan Februari 2009 oleh Menteri Besar juga.

Sehingga Oktober 2011, terdapat 25,759 orang yang telah memohon rumah kos rendah dan didaftar dengan Kerajaan Negeri Kedah

Tetapi antara 2009 hingga 2011 , tiada kos rumah rendah yang telah di siapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Kini setelah Kerajaan negeri Kedah gagal untuk tunaikan janji untuk menyediakan rumah kos rendah dan rumah mampu milik ( selepas 4 tahun mentadbir Kedah ), mereka kini dalam proses merancang untuk melaksanakan suatu dasar baru di mana selain dari syarat rumah kos rendah yang sedia ada, pihak pemaju swasta juga perlu menyediakan rumah mampu milik, pemaju tidak perlu menyediakan rumah kos rendah bagi Tanah Simpanan Melayu dan kuota harga rumah mampu milik (termasuk rumah kos rendah) bakal setinggi 60% dan pemaju hanya boleh tentukan harga baki rumah 40%

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog