pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, May 15, 2012

Video Eksklusif !!! Azizan Razak di balun lagi tentang KUIN..


Ternyata Azizan Razak Sebagai pengerusi Kolej Universiti Insaniah gagal didalam pentadbiran.demi melindungi kelemahan pentadbirannya,Azizan Razak sanggup menjadi pemimpin yang munafik,berbohong kepada rakyat dengan menafikan kegagalan pentadbiran KUIN.

Apakah Azizan hendak menafikan Video di bawah ini





 


Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengurusi Azizan Menteri Besar Kedah di saman RM 3 juta oleh kontraktor "Shake Cuisine Sdn Bhd" kerana gagal melunaskan bayaran penyediaan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dicawangan Kolej Insaniah Sungai Petani bagi tempoh 3 tahun bermula dari januari 2009 sehingga Disember 2011 dengan kadar bayaran di tetapkan dalam perjanjian sebanyak RM 200.00 sebulan untuk setiap pelajar.Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan Asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar.

Dalam permasalahan ini menunjukan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengurusi MB Kedah gagal di dalam pentadbiran urusan kewangan,malahan turut gagal dalam menyediakan 300 pelajar untuk di tempatkan di asrama seperti di dalam perjanjian.

Dalam tempoh 3 tahun pihak pengurusan KUIN hanya membayar hanya 2 kali pembayaran pada awal tahun 2009,kali pertama sebanyak RM 360,000.00 sebagai bayaran untuk enam bulan pertama dan kemudian RM 176,800.00 bayaran selanjutnya selepas bayaran kali pertama.Selepas itu pihak pengurusan KUIN telah gagal membuat pembayaran selanjutnya sehingga ke hari ini.

Kontraktor berkenaan menceritakan,dia pernah berjumpa dengan Azizan MB Kedah 5 bulan lepas,namun kontraktor di perlakukan seperti bola,di tendang kesana kesini tapi tak juga melunaskan hutang,sehinggalah kontraktor berkenaan sudah tidak tahan di perlakukan sebegitu dan terus mengfailkan saman terhadap KUIN dan Azizan MB Kedah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog