pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, May 11, 2012

Panas !!! Pendedahan yang sepatutnya du baca,bagaimana PAS memutar belitkan isu kafir mengkafir


Kerana amanat Hadi Awang lah umat Islam di Malaysia berpecah belah,,mengapa sehingga ke hari ini amanat itu tidak di tarik balik,sedangkan perjuangan Negara Islam sudah di tarik balik di dalam perjuangan PAS hanya kerana ingin bersama DAP yang tidak bersetuju Negara ini di jadikan Negara Islam..Lantaran itu Hadi awang telah mengeluarkan Fatwa pada tahun 2002 dalam buku Amanat Haji Hadi,pada halaman 8 berbunyi "Di haruskan bertahaluf dengan bukan Islam yang bersikap baik".

Apakah Hadi Awang terlupa kempen PAS pada pilihanraya tahun 1964 dengan menyatakan orang UMNO menjadi Kafir kerana berkongsi kuasa memerintah negara ini dengan MIC,MCA dan parti lain yang tidak beragama Islam dengan mengunakan hujah Al Quran ayat 28 surah  Ali-Imran yang di putar belit demi keuntungan politik PAS.

PAS hanya membaca ayat ini sekerat dan tidak habiskan untuk memutar belit di dalam kempen pilihanraya 1964

Firman Allah S.W.T maksudnya :-
"Janganlah orang beriman mengambil orang kafir menjadi pemimpin atau teman 
rapat dengan meninggalkan orang yang beriman.."
(Surah Ali-Imran ayat 28)

Hanya setakat itu sahaja yang di baca ketika berkempen,sedangkan jika di huraikan kesuluruhan ayat Ali-Imran adalah seperti berikut

Firman Allah S.W.T maksudnya :-
"janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir menjadi pemimpin atau teman
rapat dengan meninggalkan orang yaang beriman.
Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian
maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah sesuatu apa pun.
Kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang di takuti 
dari pihak mereka.Dan Allah perintah kamu supaya beringat-ingat
terhadap kekuasaan Allah dan Allah jua tempat kembali"
(Surah Ali-Imran ayat 28)


Hanya keuntungan politik PAS meninggalkan hujung ayat yang bermaksud "Kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang di takuti dari pihak mereka.Dan Allah perintah kamu supaya beringat-ingat terhadap kekuasaan Allah dan Allah jua tempat kembali"

Bagi memahami ayat tersebut dengan tepat dan memahami di mana letaknya penyelewengandan salah tafsir PAS terhadap ayat tersebut,mari kita tinjau akan maksud sebenar ayat tersebut berdasarkan sebab-sebab ayat itu di turunkan (Asbabunnuzulnya).

Dalam ayat tersebut terdapat perkataan AULIYAA' yakni PLURAL (jama') dari perkataan WALI..Perkataan wali itu bermaksud pemimpin,pengurus,teman karib,sahabat atau pelindung.Wali atau Auliyaa' yang sejati di sisi Allah S.W.T ialah pemimpin,pelindung dan pengurus yang beriman kepada Allah S.W.T..Sementara di segi nuzulnya pula,sebab-sebab di turunkan ayat itu adalah seperti berikut :-

Menurut riwayat yang di keluarkan oleh Ibnu Ishaq dan Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim menyatakan bahawa seorang sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Ibnu 'Abbas berkata bahawa sebab di turunkan ayat 28 surah Ali-Imran ini kerana seorang sahabat bernama Ibnu 'Amar telah mengikat satu perjanjian persahabatan (janji setia kawan) dengan KA'AB Bin Al-Asyraf (ahli tafsir yahudi) dan UBNU Abi Haqiq dan Qais bin Zaid (ketiga-tiga mereka ini berugama Yahudi).Ketiga-tiga Yahudi ini membuat perjanjian persahabatan kerana mereka mempunyai maksud jahat untuk menganggu kaum Ansar di Madinah.

Oleh hal demikian Rifa'ah Bin Al-Mundzir,Abdullah Bin Jubair dan Sa'ad Bin Khatamah telah menegur Al-Hajjaj Bin Amru dan kaum Ansar supaya jangan bersahabat dengan kaum Yahudi dan menjauhkan diri dalam perhubungan  dengan Yahudi supaya agama Islam jangan di fitnah oleh orang Yahudi.Sebalikorang ansar yang di beri peringatan itu tidak memperdulikan teguran dan ingatan tersebut,Sebab itulah turun ayat tersebut.

Menurut satu riwayat lain yang juga di keluarkan oleh Ibnu Jarir,Ibnu Mundzir dari Ibnu Abi Hatim yang mentafsirkan ayat 28 surah Ali-Imran ini bahawa katanya,Allah S.W.T melarang orang yang beriman daripada bersikap lemah lembut terhadap orang kafir dan mengambil mereka menjadi sahabat karib melebihi terhadap sesama orang yang beriman kecuali orang kafir itu lebih kuat daripada orang beriman tidaklah menjadi kesalahan memperlihatkan sikap lemah lembut dengan syarat hendaklah ada perbezaan di antara agama orang yang beriman dengan orang yahudi

Saksikan video pengakuan dari seorang yang pernah berjuang di dalam PAS satu ketika dulu.



Cikgu Zainol merupakan bekas Exco Pemuda Pas Kedah/bekas penulis harakah/penulis buku Air Mata Bumi Memali

Buku Air Mata Bumi Memali telah di haramkan oleh Pas kepada ahlinya kerana buku berkenaan telah di ceritakan bagaimana PAS menyeleweng duit tabung Memali.kerana pendedahan penyelewengan duit tabung memali,Cikgu Zainol telah di lucutkan ahli PAS.
Cikgu Zainol sedia di saman sekiranya dia mengfitnah di dalam buku Air Mata Bumi Memali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog