
Menurut sumber sehingga kini beberapa Pengerusi BN Negeri telah berjumpa beliau sejak pagi tadi, antaranya ialah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Pengerusi BN Perak. Turut dijangka mengadakan pertemuan dengan beliau hari ini ialah Pengerusi BN Sabah, Johor, Pahang dan Selangor (Timbalan Pengerusi).
Berdasarkan pergerakan terbaru ini, Perdana Menteri dijangka akan membubarkan Parlimen pada pertengahan Jun 2012 iaitu selepas sesi singkat sidang Parlimen awal Jun nanti. Pilihan raya dijangka diadakan pada hujung Jun atau awal Julai tahun ini.
Selepas selesai perundingan calon BN fasa pertama pada hujung minggu ini, Perdana Menteri akan bertolak ke luar negara selama dua minggu dalam rangka lawatan ke Eropah. Sebaik pulang dari lawatan, Datuk Seri Najib bersama Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dijangka akan membuat semakan terakhir senarai calon sebelum pembubaran Parlimen diumumkan.
No comments:
Post a Comment