pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, May 16, 2012

Alhamdulillah..Lelaki Cicak toket selamat pulang ke Malaysia






Mohd Nazarrudin Saidin, rakyat Malaysia yang diculik selama 378 hari oleh sekumpulan lelaki bersenjata ketika menguruskan perniagaan cicak tokek di Pulau Sulu, selatan Filipina Mei tahun lepas, selamat kembali ke pangkuan keluarganya hari ini.

Ketibaan Mohd Nazarrudin, 39, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dekat sini pagi ini disambut anggota keluarganya. Mohd Nazaruddin diiringi beberapa wakil Kelab Putera 1Malaysia yang membawanya pulang ke ibu negara dari Sandakan, Sabah.

Mohd Nazarrudin yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor, dilapor diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata pada 8 Mei tahun lepas ketika beliau berada di pulau berkenaan bagi menguruskan perniagaannya mencari sejenis cicak tokek yang dikatakan mempunyai nilai tinggi di pasaran gelap dan didakwa mampu mengubati penyakit HIV.

Beliau dilapor berjaya meloloskan diri Sabtu lepas dan atas bantuan penduduk kampung pulau berkenaan yang menyediakan bot, beliau tiba di perairan Malaysia berhampiran Sandakan, Sabah pada Ahad lepas Menyifatkan pengalaman diculik itu sebagai satu sejarah hidup yang tidak dapat dilupakan, Mohd Nazarruddin berhasrat 'menutup kes' mencari cicak tokek itu.

"Saya mahu mulakan hidup baru dan lupakan terus detik hitam ini," katanya yang kelihatan kurang bermaya kerana kepenatan selain mengalami susut badan hampir 10 kg.

Mohd Nazarrudin turut menasihati golongan muda supaya tidak mengikut jejak langkahnya yang tidak berfikir panjang kerana terlalu ingin mengejar kekayaan tanpa memikirkan keselamatan diri sehingga menjadi mangsa penculikan.
   
Ayah Nazarrudin, Saidin Aziz, 64, dan ibunya, Siti Hamdah Ahmad, 59, bersyukur Nazarrudin selamat pulang dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah banyak membantu misi rundingan serta seluruh rakyat Malaysia yang telah mendoakan keselamatan anak mereka.
 
Mohd Nazarrudin yang menetap di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori dan dikurniakan enam orang anak iaitu Amir Hazazi, 16, Nur Amira, 15, Nur Atiqah, 13, Nabil Haikal, 12, Adib Irfan, 8, dan Nur Athirah, 5.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog