pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, January 10, 2013

Pedas !!! Pentadbir Kerajaan Negeri Kelantan Kena Perli Dengan Mufti Kelantan


Rata-rata Mufti di setiap negeri di Malaysia tidak mempersetujui dengan keputusan yang di ambil PAS di dalam isu tuntutan DAP terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam Biblie Versi Bahasa Melayu untuk di edarkan ke seluruh negara.

Penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Versi Bahasa Melayu, tentunya mempunyai agenda tertentu di dalam gerakan kristianisasi yang giat di jalankan di Malaysia yang mensasarkan golongan Bangsa Melayu.

Bagi Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Negeri Kelantan tidak akan mengguna pakai keputusan yang di lakukan PAS kerana ianya bercanggah dengan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 yang di luluskan pada 01 Disember 1981.

Sekiranya pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan  hendak mengguna pakai keputusan yang di buat Hadi Awang, Pentadbir Kerajaan Negeri perlu pinda atau mansuhkan Enekman yang di peruntukan untuk menjaga kesucian penggunaan kalimah Allah sekiranya ianya di anggap lapok dan tidak relevan lagi

KOTA BHARU 9 Jan. - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Menurutnya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 iaitu satu enakmen untuk menjaga kesucian kalimah itu.

Katanya, enakmen itu yang diwujudkan bagi mengawal dan menyekat penyebaran iktikad dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, secara jelas telah menyenaraikan 24 perkataan termasuk kalimah Allah di bawah Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 enakmen sebagai hak eksklusif agama Islam.

Sehubungan itu, beliau secara sinis 'meminta' enakmen tersebut dipinda atau dimansuhkan sekiranya sudah lapuk dan tidak relevan lagi.- Utusan

2 comments:

Anonymous said...

Minta betulkan tajuk.

Yang dia perli ialah PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN bukannya KERAJAAN NEGERI KELANTAN.

Orang selalu keliru. GOVERNMENT dari segi terjemahan perundangan ialah PENTADBIRAN KERAJAAN. Datang dari perkataan GOVERN = tadbir.

GOVERNMENT bukanlah bermakna KERAJAAAN. Kerajaan bahasa tepatnya ialah KINGDOM atau dalam konteks Kelantan ialah SULTANATE

KERAJAAN NEGERI KELANTAN (di personifikasikan oleh SULTAN)dan PENTADBIR KERAJAAN NEGERI KELANTAN (Majlis KERAJAAN NEGERI) adalah dua entiti atau institusi yang berbeza.

Fauzi Hamid said...

maaf... teguran di terima

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog