pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, January 4, 2013

Gempar !!! Nik Aziz Seorang Tok Guru PAS Yang Tak Dapat Bezakan Umarak Dan Ulamak


Dah gila gamaknya Nik Aziz ni, hanya kerana di sebabkan isu amanat Hadi Awang yang telah membuat PAS tak senang duduk tak senang berdiri, Nik Aziz nak cabar YAB DS Najib Razak berdebat isu amanat Hadi Awang pulak dah dengan Hadi Awang.

Sedar tak Nik Aziz, bahawa YAB DS Najib Razak di lahirkan sebagai seorang Umarak dan bidangnya adalah menjadi Pemimpin Negara. Mana mungkin dapat YAB DS Najib Razak berada di dalam bukan bidangnya iaitu menentukan hukum-hukum di dalam Islam.

Di dalam Islam Umarak dan Ulama kena bersatu di dalam mentadbir sesebuah Negara bukannya dengan mencuba memerangi Umarak seperti mana yang di lakukan PAS.

Bagi menentukan hukum-hukum di dalam Islam di Malaysia, kita mempunyai barisan Ulama-Ulama dan para Mufti di setiap Negeri yang sentiasa bermuzakah bagi memperbincangkan hukum-hukum berkenaan Islam di dalam sesuatu perkara yang berbangkit supaya ianya tidak bercangah dengan ajaran Islam.

Sudah jelas tentang isu amanat Hadi Awang, Majlis Fatwa Kebangsaan telah bermuzakarah dan pada 24 Julai 2002 telah mengeluarkan keputusan selepas bermuzakarah bahawa amanat Hadi Awang yang di buat pada 07 April 1981 adalah salah dan bertentang dengan ajaran Islam.

Selain itu  Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam muzakarah di antara Mufti ketika itu, Allahyarham Datuk Mohd Noor Ibrahim dengan para Ulama Kelantan yang di lakukan pada 15 Jamadil Akhir 1401 persamaan 20 April 1981, memutuskan amanat tersebut adalah bertentangan dengan Islam dan boleh mendatangkan bahaya kepada Akidah Umat Islam serta perpaduan Umat Islam.


Menurut Mufti Kelantan ketika ini, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. keputusan muzakarah yang di lakukan pada tahun 1981 itu masih SAH dan masih di guna pakai Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu sehingga kini.

Kenapa Nik Aziz tidak pernah mempertikai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, kenapa Nik Aziz tidak pernah mempertikai keputusan muzakarah isu amanat Hadi Awang yang di buat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu pada tahun 1981, selepas beberapa hari amanat Hadi Awang di keluarkan ???

Mengapa sehingga ke hari ini Hadi Awang tidak pernah memperjelaskan berkenaan amananya itu kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah menetapkan amanatnya itu bertentang dengan ajaran Islam ??

Sepatutnya Nik Aziz kena la cabar Hadi Awang berdebat dengan Ulama-Ulama bukannya dengan Umarak kerana ianya bersangkutan dengan hukum hakam Islam. 

1 comment:

Anonymous said...

Otak macam tu takat jadi ketua kampung aja yang layak, kalau diangkat jadi pembesar negara dia memang tak layak maka dengan sebab itu banyak benda2 merapu yang tak masuk akal boleh terkeluar dari mulut dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog