pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, July 10, 2012

Tu Dia !!!! Video yang boleh goncangkan Pakatan Haram bakal di dedahkan oleh Pengerusi Parti KITA Kedah



Zamil Ibrahim, Bekas ahli PKR  akan mendedahkan rakaman percakapan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa bersikap "tikam belakang".

Beliau seterusnya mencabar Anwar untuk mengakui dakwaan bahawa pernah memaki hamun pemimpin komponen Pakatan Rakyat (PR) ketika berucap dalam 'Mesyuarat Tertutup Anwar bersama PKR Zon Utara' di Bukit Mertajam.

"Saya nak cabar Anwar untuk sahkan, 9 Januari 2008 bahawa anda (Anwar) pernah memaki PAS. Anda pernah hentam DAP dengan pelbagai macam percakapan ketika itu anda berada dalam PR, bukan lagi Barisan Nasional," kata Zamil pada sidang media sebentar tadi.

Menurutnya rakaman video 5 minit 20 saat itu dirakam ketika Anwar bercakap di Yayasan Aman Penanti.

Beliau juga membacakan butir percakapan Anwar yang berjaya dirakam oleh seorang Ketua Cabang PKR negeri Kedah.

"Aku hairan betullah, yang hangpa takut sangat dengan PAS kenapa? La ni India tak sokong PAS, Cina tak sokong PAS, Melayu kampung saja yang sokong. Yang lain sokong kita. Aku mau hangpa pi rungkai balik.

"Otak cerdik depa saja yang ada. Yang bodoh siapa? Kita. Rakyat tau yang bawa isu ini kita. Depa bawak isu apa? Tak ada apa.. jadi yang hangpa takut sangat kat PAS kenapa?," katanya memetik kenyataan Anwar. 

Pendedahan tersebut kata Zamil adalah untuk memberi gambaran wajah sebenar Ketua Pembangkang serta kerapuhan kritikal yang sedang berlaku dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Beliau seterusnya berkata akan mendedahkan rakaman video tersebut dalam masa terdekat bersama beberapa lagi pita rakaman mendedahkan pengakuan beberapa pemimpin PKR yang berhasrat untuk lompat parti.

"Saya akan bagi cd ini dalam masa yang terdekat, InsyaAllah, termasuk juga yang ada di simpanan teman-teman saya kalau diberi keizinan mereka. Ada lapan cd Ahli-ahli Parlimen PKR nak jual diri (keluar parti) mereka sedang diperbincangkan. Ada lapan MP atau YB.

"Kesemua mereka ini beranggapan mereka tidak akan dicalonkan pada PRU 13. Ini ceritanya, puncanya. Punca serang Badrul Port Klang, suruh letak jawatan untuk bagi mood PKR menang balik di Port Klang.

"Puncanya ini, dipaksa letak jawatan, jadi beberapa YB ini, bukan saya rakam tapi rakan yang rakam. Macam apa yang Khalid Samad buat lah..Jadi rakan-rakan saya pun mungkin akan dedahkanlah.. Mereka ini (8 YB) adalah ahli PKR dari seluruh Malaysia," katanya.

Tambah beliau, perkara tersebut sebenarnya merupakan rancangan licik PKR untuk memenangi kerusi, seterusnya meraih kepercayaan rakyat terhadap parti tersebut.


"Sebab mereka dipaksa untuk letak jawatan. Dan kebanyakan itu adalah strategi PKR, dari maklumat yang saya dapat, untuk mereka (PKR) adakan pilihanraya kecil di mana kawasan tersebut hampir pasti PKR menang. Jadi rakyat akan melihat mood PKR menang sana sini, itu jalan ceritanya," katanya. -antarapos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog