pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, July 6, 2012

Pendedahan !!! Surat PAS mengarahkan ahlinya supaya bersikap dengki pada orang Melayu


Mazlan Aliman pernah mendakwa ramai golongan peneroka FELDA bersamanya untuk menentang penyeneraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dalam Bursa Saham. Tapi yang peliknya kenapa PAS mengeluarkan surat arahan kepada seluruh Pimpinan dan ahli-ahli PAS seluruh Malaysia menyertai himpunan menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi membantah tindakan FELDA menyenaraikan  FGVH ke bursa saham.

Mengapa perlu PAS mengarahkan semua ahli PAS di Malaysia ? kenapa PAS tak mengarahkan peneroka FELDA yang menentang penyenaraian FGVH ke bursa saham sahaja yang berhimpun ?

Pisau Kedah yakin kalau PAS mengarahkan hanya untuk golongan peneroka yang menentang FGVH pasti tidak ramai yang akan hadir kerana majoriti golongan peneroka menyedari tindakan FELDA menyenarai FGVH ke bursa saham adalah untuk membantu mengembangkan pendapatan golongan peneroka FELDA.

Tindakan PAS menentang tindakan FELDA hanyalah satu agenda yang bermotifkan politik yang menunjukan sikap dengki mereka terhadap kejayaan Kerajaan Malaysia di dalam membantu peneroka FELDA dan bukannya PAS mahu membela nasib golongan rakyat.

Sekiranya benarlah PAS mahu membela nasib golongan rakyat. PAS seharusnya membela nasib rakyat Kelantan terlebih dahulu yang gagal di beri peluang perkerjaan di dalam negeri kerana kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan menarik pelabur untuk melabur di Kelantan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyatnya yang kini banyak berhijrah ke luar untuk mencari peluang pekerjaan.

Ini membuktikan PAS hanya melakukan himpunan yang akan di adakan nanti sekadar bermotifkan politik dan bukannya membela nasib rakyat seperti yang di dakwa mereka.

Mengapa PAS nak mengajar ahlinya bersikap dengki dengan apa yang di prolehi golongan peneroka FELDA yang majoritinya beragama Islam ? 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog