pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, July 6, 2012

Cerita Panas dari Kedah !!! Surat EXCO Kedah cuba nak membunuh karier politik Menteri Besarnya




Apa yang rakyat Kedah terutamanya dari ahli PAS tahu, Azizan Razak, Menteri Besar Kedah sememangnya mempunyai permasalahan dengan beberapa orang EXCO Kedah yang tak pernah selesai sehingga wujud perang dingin sehingga ke hari ini. Namun perkara ini dapat di selindung PAS dengan membawa masuk pemimpin PAS pusat untuk menyampuri urusan pentadbiran Kedah dengan mengwujudkan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat bagi meredakan ketegangan di antara Menteri Besar dengan beberapa Exconya.

Rupanya Ketegangan di antara kedua pihak masih belum selesai apabila isu pusat maksiat di bangkitkan sejak akhir-akhir ini yang tumbuh bagaikan cendawan di Kedah sedangkan Menteri Besar pernah mengumumkan segala jenis lesen membabitkan pusat maksiat tidak akan di keluarkan.

Setelah isu pusat maksiat menjadi agak panas, kepimpinan Kerajaan Negeri saling tunding jari menyalahkan di antara satu sama lain apabila terbukti 4 lesen baru pusat maksiat di keluarkan walau pun Menteri Besar mengeluarkan arahan lesen di bekukan kepada pusat maksiat.

Namun di sebalik tunding menunding kesalahan. telah wujud satu tekanan cubaan membunuh karier politik Menteri Besar Kedah yang kini kian di himpit dengan pelbagai permasalahan pentadbiran Negeri. Cubaan ini yang pastinya di lakukan musuh dalaman Menteri Besar Kedah sendiri yang mendapat sokongan dari beberapa pemimpin PAS Pusat.

Taktik licik untuk membunuh karier politik Menteri Besar Kedah telah dapat di hidu oleh cybertrooper PAS sendiri yang pro kepada Menteri Besar. Cybertooper terbabit telah mendedahkan satu surat yang di tandatangani oleh musuh dalaman Menteri Besar Kedah bagi meluluskan lesen pusat maksiat baru yang telah di bekukan oleh Menteri Besar Kedah.



Surat yang di dedahkan cybertrooper PAS telah membuktikan kelulusan tandatangan dari musuh dalaman Menteri Besar Kedah dan mengarahkan supaya di bantu pemohonan ini, setelah itu Exco terbabit memberi arahan OK BOLEH JUMPA dengan tulisan tangan di atas surat pemohonan lesen pusat maksiat itu.Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan arahan BOLEH JUMPA itu.

Apakah ianya menunjukan sifat " What I Give, You Can Give Me back" bagi dorongan meluluskan lesen pusat maksiat terbabit ?

Sekira benarlah apa yang di perkatakan itu, menjawaplah Exco terbabit di akhirat kelak walau pun di dunia akan terlepas dari hukuman.

Ternyata tindakan Exco terbabit di dalam isu lesen pusat maksiat adalah memberi tekanan untuk menunjukan kelemahan pentadbiran negeri yang kini di himpit dengan bermacam masalah dalaman dan masalah pentadbiran supaya rakyat boleh nampak kelemahan Menteri Besar Kedah setelah Exco terbabit tidak mengakui kelulusan lesen pusat maksiat.



Pisau Kedah :-

Patut la dari maklumat yang Pisau Kedah dapat Azizan Razak pernah menyatakan hasratnya supaya BN kembali memerintah Kedah selepas PRU13 setelah permasalahan dalam yang di hadapinya yang kian meruncing. Malahan ada juga dari kalangan cybertropper hardcore PAS yang PRO Azizan Razak mengeluarkan kenyataan, berharap BN dapat balik tadbir Kedah kerana tidak tahan dengan permasalahan dalaman yang timbul setelah mentadbir Kedah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog