pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 2, 2012

Panas !!! PAS Kedah Malu apabila Mukhriz berbicara soal calon Menteri Besar



Tak habis-habis pencacai blogger dan portal fitnah paling tegar di Malaysia iaitu HARAMKAHdaily memainkan isu siapa MB Kedah. Tidak cukup memutar belitkan kata-kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah. Kali ini mereka cuba melagakan lagi Mukhriz dan perhubungan negeri.

Apakah sudah tidak ada KILLER isu berbangkit yang boleh mereka mainkan?

Datuk Paduka Ahmad Bashah secara jelas merendah diri dan menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan parti iaitu Tuan Presiden UMNO untuk memilih siapa yang layak menjadi MB Kedah 'BILA' UMNO/BN menang nanti.

Tidak tersemat didalam hati beliau untuk mengingkari kata-katanya. Malah sebagai seorang yang berpengalaman, Datuk Bashah sememangnya layak untuk menjadi MB Kedah, setia kepada parti lebih tinggi dari pangkat dan darjat.

Begitu juga dengan Dato Mukhriz Mahathir. Sebagai orang muda yang berkeliber, Team Media Kedah melihat Mukhriz boleh pergi lebih jauh jika beliau bersabar dan mengikut rentak politik yang betul. Kegopohan dan ketamakkan boleh membuat kita jatuh merudum, seperti mana langkah poltik Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.

Mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir, jika anda baca betul-betul, Tun Dr Mahathir hanya menjawab soalan yang dikemukakan wartawan. Bukan Tun Dr Mahathir yang membuat kenyataan menyokong secara tiba-tiba.

Sebenarnya Tun hanya menjawab soalan, soalannya lebih kurang beginilah. "jika Mukhriz di pilih menjadi calon MB Kedah, apakah beliau akan menyokong Mukhriz?" Tentunya beliau akan menyokong, tetapi masih lagi menghormati keputusan parti. Bukankah itu jelas pendirian Tun yang lebih menghormati parti lebih dari peribadi!!

Ternyata portal fitnah haram jadah Pas itu hanya fokus kepada sudut yang berbeza dari apa yang Tun katakan.

Tentang calon lain yang kepingin nak jadi MB Kedah tu.. Team Media Kedah sendiri pun tak pernah dengar tentang mereka. Wahai orang Kedah, tidak kira penyokong UMNO atau atas pagar. Tak payah kita pening kepala nak fikir siapa MB Kedah bila UMNO/BN menang nanti. Kerana percayalah kita bahawa, PM kita yang bijaksana sudah pun memikirkan yang terbaik untuk negeri Kedah bagi mengubati sakit parah yang Pas Kedah buat selama ini.

Apa yang perlu kita fokus sekarang hanyalah pastikan UMNO/BN menang besar!!

Team Media Kedah sertakan sekali Video kenyataan Mukhriz menghentam Haramkahdaily.



Sumber :- Team Media Kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog