pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 2, 2012

Beranikah Husam Musa mencabar Mufti kelantan berdebat soal Dinar Emas ??


Bila ada pemimpin bercakap pasal skandal matawang syariah ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Husam Musa akan cabar berdebat. Bagaimana dengan Mufti Kelantan yang semalam berkata Dinar Emas Kelantan bukan matawang, ia sekadar perhiasan sahaja. Apakah Husam akan mencabar Mufti Kelantan, Dato’ Mohamad Shukri Mohamad berdebat kerana kata-kata Mufti seperti yang dilaporkan oleh beberapa media arus perdana semalam dan pagi ini.
Mufti Kelantan juga menolak gesaan Gabungan NGO Kelantan dan blog ini supaya Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan diletakkan dibawah KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan menerusi Baitul Mal.
“Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang. Ia hanya macam barang perhiasan lain’, kata beliau.
Asas yang digunakan itu diketengahkan beliau sebagai dalil kenapa ia tidak perlu diletakkan di bawah KDYMM Tuanku dan Baitul Mal. Sebelum ini Dinar dan Dirham Kelantan digembar-gembur sebagai mata wang syariah oleh pihak tertentu di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Bahkan YAB Menteri Besar pernah mencadangkan pembayaran gaji kakitangan Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Kerajaan Negeri dibuat menggunakan Dinar Dirham Kelantan.
Mufti Kelantan juga melahirkan kebimbangan terhadap eksploitasi oleh pihak tertentu lalu berkata,“Yang saya bimbang ialah takut ada eksplotasi sehingga mencetuskan  unsur-unsur penipuan, itu bukan soal mata wang. Penjualan emas jangan sampai ada penipuan”.
Berhubung susut nilai yang ada pada dinar dirham itu dan susut nilai akibat kerosakan pada ‘packaging’ atau sampul plastiknya Mufti terus melahirkan kebimbangan dengan berkata,
“Masyarakat kena tanya kenapa jadi susut nilai pada pasaran, bukan (isu) buka atau tidak buka. Harga emas tidak tertakluk kepada buka atau tidak (sampul plastik), ia tertakluk kepada harga pasaran sekiranya ia tidak tertakluk kepada harga pasaran tetapi kerana buka (sampul plastik) itu maka ada unsur penipuan”.
Pada masa kini harga Dinar dan Dirham Kelantan tidak ditentukan oleh harga pasaran tetapi oleh World Islamic Mint yang dipelopori oleh Umar Ibrahim Vadillo. Umar juga adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) serta penasihat syarikat tersebut. baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog