pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, July 3, 2012

Panas !!! khalid Gagap berhadapan dengan kes penyelewengan wang kerajaan RM 1 Juta



KUALA LUMPUR: Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong mencabar Kerajaan Selangor supaya mendedahkan penyelewengan wang kerajaan berjumlah RM1 bilion dan meminta kepimpinan kerajaan negeri menerangkan jumlah aset yang dibeli dari Talam Corp Sdn Bhd.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ahli Parlimen Labis, berkata Kerajaan Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mendedahkan bahawa Talam berhutang dengan kerajaan negeri berjumlah RM392 juta. "Ia membabitkan pecahan hutang berjumlah RM277 juta oleh Unisel dan PNSB serta SAP Holding sebanyak RM115 juta," katanya pada sidang media di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini, sebentar tadi. 

Tee Yong berkata, bagi melancarkan pengutipan semula hutang berkenaan, kerajaan negeri mendapatkan peruntukan RM392 juta menerusi bajet tambahan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2009 dan Kerajaan Selangor mendakwa bahawa Talam sudah menjelaskan kesemua hutang bagi ketiga-tiga anak syarikat kerajaan negeri terbabit.

Bagaimanapun, laporan Tahunan terkini Kumpulan Hartanah Selangor Bhd(KHSB) menunjukkan kerajaan negeri masih berhutang sebanyak RM115 juta, sekali gus menyaksikan tiasa sebarang transaksi bayaran diterima oleh anak syarikat negeri ini. 
Katanya, pihak Unisel juga tidak menerima sebarang wang bagi membantu pelajarnya yang dibekukan pinjaman PTPTN. 

Tee Yong juga mendedahkan, Kerajaan Selangor membeli aset tambahan bernilai RM284 juta bagi membantu Talam Corp yang diletakkan di bawah PN17 iaitu syarikat yang mempunyai tanggungan hutang yang banyak.

"Jelas sekali, hingga kini anak syarikat kerajaan negeri(Unisel, PNSB dan SAP Holdings) tidak menerima sebarang wang dari langkah pengutipan semula hutang berjumlah RM392 juta dari Talam malah kerajaan negeri membeli aset talam bernilai RM676 dan menggunakan peruntukan sebanyak RM392 juta yang menjadikan transaksi bernilai RM1 bilion.

"Dengan ini, saya mencabar Kerajaan Selangor mendedahkan kesemua aset yang dibeli, cara penilaian atau asas yang digunakan untuk melakukan pembelian," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog