pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, July 10, 2012

Eksklusif !!! Orang PAS Tanjung Dawai tidak akan undi Hamdan Khalib sekiranya tercalon pada PRU 13

Orang yang pegang rekod menyandang jawatan paling terbanyak
dalam Kerajaan Negeri Kedah


Dalam Keadaan hendak menghadapi pilihanraya yang bila-bila saja bakal di umumkan, PAS Merbok terpaksa berhadapan dengan pergolakan dalaman yang sukar di bendung lagi kerana di sebabkan isu jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok.


Pergolakan ini melibatkan di antara YDP Kawasan Merbok sekarang, Dr Hamdan Mohamed Khalib yang juga merupakan Adun Tanjung Dawai dan bekas YDP Kawasan Merbok Tuan Haji Mohd Akhir Talib.


Menurut sumber dalaman PAS Merbok, kisah pergolakan  ini bermula pertengahan tahun lepas setelah Dr Hamdan tanpa rasa hormatnya telas mencantas Mohd Akhir di dalam perebutan jawatan YDP Kawasan Merbok sehingga isu ini terbawa-bawa ke hari ini.


Bagi kebanyakan orang PAS di Merbok merasakan tindakan Dr Hamdan cukup biadap dan tamak, kerana dia sebagai wakil rakyat dan Exco Kerajaan Negeri tidak sepatutnya mencantas dalam perebutan jawatan YDP Kawasan yang sebelum ini di sandang oleh orang yang cukup berpengaruh dan menjadi punca kekuatan PAS di Merbok.


Apakah jawatan wakil rakyat dan Exco yang di miliki Dr Hamdan tidak mencukupi baginya sehinggakan jawatan YDP Kawasan pun hendak di sapunya ?


Apakah dalam banyak jawatan yang di sandangnya mampukah dia melaksanakan tanggungjawap kesemuanya dalam satu-satu masa atau dia hanya pentingkan sumber kewangan di setiap jawatan yang di sandang masuk ke poketnya ?


Selain itu Dr Hamdan juga menyandang dua jawatan penting dalam Jawatankuasa Eksekutif persatuan bola sepak Kedah (KFA) iaitu Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat walau pun di katakan langsung tiada pengalaman di dalam bidang pengurusan sukan bola sepak termasuklah sukan-sukan lain dan di katakan di antara penyumbang kemerosotan mutu persembahan pasukan bola sepak Kedah.


Didalam banyak jawatan yang di sandang, Dr Hamdan di katakan telah mengabaikan tanggungjawapnya sebagai YDP Kawasan dan wakil rakyat Tanjung Dawai sehinggakan orang PAS Merbok cukup merasa benci terhadap dia dan jangan terkejut apabila segelintir orang  PAS Merbok yang mengundi di Tanjung Dawai menyatakan tidak akan mengundi Dr Hamdan sekiranya akan tercalon pada PRU 13 nanti.


Team Media Kedah




Pisau Kedah :-


Patutlah semasa ceramah Mat Sabu di Kampung Bujang pada baru-baru ini langsung tak nampak muka Dr Hamdan, malahan nama pun langsung tak di sebut sedangkan ceramah yang di lakukan timbalan tok ketua PAS di buat di kawasannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog