pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, May 11, 2012

Tu Diaaa...Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah dan Ustaz Kamal Saidin balun Azizan Razak,Menteri Besar Kedah #SaveKedah



ALOR SETAR, 11 Mei – Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan Kedah, tidak sepatutnya menaikkan yuran pengajian tetapi memberikan pendidikan percuma kerana itu merupakan janji pakatan pembangkang.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerajaan Kedah juga sepatutnya memberi biasiswa kepada pelajar melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah, seperti yang dicanang pakatan pembangkang ketika berjanji memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata sebelum menaikkan yuran Kuin, kerajaan negeri pimpinan Pas itu sepatutnya melihat dahulu kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
“Institusi pengajian tinggi swasta lain memang yuran agak tinggi tetapi mereka memberikan perkhidmatan yang selesa kepada para pelajar seperti keselesaan asrama, tempat pengajian, gelanggang sukan dan rekreasi.
“Mereka (kerajaan Kedah) mencanangkan kemudahan akan lebih selesa di Kuala Ketil. Kampus Kuala Ketil belum pasti lagi pasti, yuran dah dinaikkan walaupun belum berpindah,” katanya di sini.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengakui kenaikan yuran itu yang berkuat kuasa Julai ini untuk pengambilan baharu, mewajarkan tindakan mereka dengan menyatakan yuran Kuin rendah sehingga ditegur Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran Kuin.
Dalam kenyataannya, Mahdzir mendakwa masalah kewangan Kuin berpunca daripada  kegagalan anak syarikat yang ditubuhkan institusi itu empat tahun lepas menjana pendapatan sendiri dan bergantung kepada peruntukan tahunan Kuin yang disalur kerajaan negeri.
“Sebenarnya kenaikan yuran Kuin hanya untuk menyalur dana kepada satu fakulti yang langsung tak mendatangkan market value (iaitu Medic (fakulti perubatan)),” katanya.
Katanya beliau dimaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi melalui teguran lisan sudah menasihati Kuin supaya tidak membuka kuliah perubatan kerana kos operasinya sangat tinggi, dan berisiko tinggi berbanding dengan program pengajian lain.
“Tetapi Kuin masih berdegil membukanya, hasilnya hanya lapan orang baru mendaftar pada 2 Mei yang lalu. Disebabkan kos pengurusan dan operasi Kuliah Perubatan sangat tinggi, bilangan lapan orang belum boleh menampung gaji Ketua Pegawai Eksekutif Insan Medic seorang sahaja iaitu RM35,000 sebulan. Itu belum termasuk gaji dekan, pensyarah dan felo akademik yang rata-ratanya bergaji belasan dan puluhan ribu sebulan.
“Maka pelajar-pelajar Pengajian Islam terpaksa menjadi korban dikambing hitamkan dengan dinaikkan yuran melebihi dua kali ganda untuk menampung kos operasi kuliah Medic,” katanya.
Mahdzir berkata Azizan juga memandang remeh potongan yang tidak dibayar kepada pihak bank yang telah dipotong daripada gaji kakitangan Kuin
“Apabila Kuin memotong gaji staf tapi tak membuat pembayaran kepada bank berkaitan, sudah semestinya staf akan teraniaya. Staf terpaksa menanggung bayaran tambahan seperti kos interest bayaran lewat, kos peguam apabila tindakan hendak diambil bila bayar lewat,” katanya.
“Pembayaran tidak dibuat bahkan ditunda berbulan-bulan walaupun gaji dipotong bagi memberi ruang kepada Kuin membayar hutang-hutang lain yang banyak tertunggak, rolling duit hingga hak staf dianiaya,” katanya.
Katanya apa yang membimbangkan beliau ialah seorang pengawal pengawal kewangan Insaniah Holdings telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur denda sebanyak RM300,000 atau 12 bulan penjara  pada 21 Dis 2006 kerana disabitkan kesalahan terhadap dua pertuduhan melakukan jualan singkat.
“Beliau kini berkhidmat di Insaniah Holdings. Adakah hanya Azizan kata Kuin adalah swasta boleh dibawa masuk seorang yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog