pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, May 8, 2012

Panas!!! Menteri Besar Kedah bakal di kuburkan dunia politiknya hanya kerana KUIN.

MB akui yuran Kuin akan dinaikkan mulai Julai ini

ALOR SETAR 8 Mei - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej."Kita telah maklumkan tentang kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian," katanya kepada pemberitaselepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan Kuin sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.

Antara lain, Mahdzir berkata Kuin akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.

Mengulas lanjut, Azizan berkata Kuin adalah antara universiti yang mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar sehingga ditegur oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran Kuin."Semasa saya mula menjadi menteri besar dulu, saya ada menerima cadangan untuk menaikkan yuran tapi saya tahan kerana atas pertimbangan saya, Kuin masih belum cukup kemudahan ketika itu."Tapi sekarang kampus baru kita akan siap hujung tahun ini. Jadi bila siap semua kemudahan termasuklah alat moden yang akan kita gunakan, baru kita naikkan yuran," katanya. - BERNAMA

Pisau Kedah:-

Tu dia,,,Pisau Kedah nak tergelak dengan kenyataan Azizan Razak,,kata siap semua kemudahan dan alat moden baru yuran di naikan,kampus induk akan siap hujung tahun ni,tapi yuran akan di naikan mulai julai ini,hahahahaha...kantoiiii nak putar belit,hahahahaha

Azizan oii,hang kena tahu,,kerana isu KUIN ini,perjalanan politik hang lepas ni akan berkubur..

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog