pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, May 10, 2012

Laa..Mahfuz buat kenyataan Bodoh lagi.kata Blogger pro-kerajaan menjatuhkan imej PDRM

mahfuz bodo



Baru-baru ini Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, telah menuduh media dan beberapa laman blog yang dikatakan pro-kerajaan telah menjatuhkan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengenai laporan-laporan yang dikeluarkan berkaitan Bershit 3.0.

Dalam kenyataan, dia yang lebih dikenali sebagai “Mr. Bean” ekoran sering mengeluarkan kenyataan bodoh, mendakwa bahawa laporan media dan blog-blog UMNO itu telah menjadi rujukan utama PDRM untuk menahan seorang pelampau mahasiswa, Khalid Ismath.

Menurutnya, PDRM tidak wajar menggunakan gambar yang diambil dari media dan blog pro-UMNO yang memaparkan Khalid Ismath menendang seorang anggota polis pada himpunan Bershit 3.0 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Sebenarnya, apabila membaca laporan Harakahdaily mengenai kenyataan Mahfuz ini, saya dan seluruh 32 orang staf di pejabat kami ketawa beramai-ramai kerana membayangkan kebodohan Mahfuz ini.Sangat melucukan apabila PAS mempunyai seorang pemutar alam yang bodoh sepertinya!

Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat di negara ini tahu mengenai agenda ketiga-tiga himpunan Bershit dan para penyokongnya yang mahu menjahanamkan imej polis pada setiap kali mereka berhimpun.Tapi, media dan blog-blog pro-UMNO juga yang dipersalahkan Mahfuz?

Pada himpunan Bershit yang pertama, rakyat Malaysia dihidangkan dengan “propaganda” pihak Pakatan Haram yang menyalahkan pihak PDRM, kononnya bertindak ganas terhadap mereka.Padahal ketika itu kalau mereka bersurai secara aman dan tidak menyerang pihak polis, sudah tentu mereka tidak akan merasa “penangan” FRU. Beberapa anggota polis cedera diserang peserta Bershit dan polis pula dituduh ganas!

Pada himpunan kedua pula, para perusuh tersebut telah melakukan “operasi terancang” apabila membuat provokasi melampau dengan bertujuan mengundang anggota polis untuk bertindak terhadap mereka.“Selagi mereka tak datang dan bertindak pada kita, kita tidak berjaya,” kata mereka yang terus membuat provokasi kerana mahu mengumpan polis untuk mengejar mereka.

Hasilnya, pada Bershit 2.0, salah seorang dari pesertanya “mati mengejut” dan tiba-tiba saja kembali “bernyawa” ketika dikejarkan ke hospital oleh pihak berkuasa. Siapa yang cuba memburukkan imej polis sebenarnya?Dan pada Bershit 3.0 kali ini, difahamkan bahawa pihak PDRM telah bersedia lebih awal. Selain bersenjatakan cota, mereka juga bersenjatakan kamera canggih dan perakam video berkualiti. PDRM tidak bodoh seperti Mahfuz..!!!

Hakikatnya, saya percaya bahawa PDRM memiliki lebih banyak gambar dari media dan para pemilik blog yang hadir membuat liputan pada hari himpunan “ganas” itu berlangsung.Jadi, tidak benar sama sekali PDRM berpandukan kepada gambar dari media dan bloggers untuk menahan mahasiswa pro-syiah yang memukul curi polis berkenaan.

Lagipun, penahanan Khalid Ismath hanyalah sebahagian dari prosedur siasatan dan dia hanyalah merupakan suspek yang dipercayai memukul anggota polis berkenaan. Takkanlah polis nak minta gambar dari media atau penulis blog pula untuk mendakwa Khalid Ismath? Mahfuz tak pakai ilmu logik, kah?

Saya nasihatkan agar PAS kawal “mulut” Mahfuz selepas ini. Apatah lagi menjelang PRU13 ini, PAS patut risau jika Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal mengeluarkan kenyataan yang “memakan diri” PAS.

Biarlah Mahfuz saja yang bodoh dan apakah PAS pun nak dilihat bodoh seperti Mahfuz juga?

Inilah akibatnya kalau Mahfuz suka fitnah..jom layan video ini.

Pisau Kedah :-


Akibat kebodohan Mahfuz Bean,maka PAS dan seluruhnya mendapat malu..hahahahah..merapu lagi la Mahfuz oii,,yang ruginya PAS..


1 comment:

Anonymous said...

Awatla pi kata macam tu. Jangan diperkecilkan kehebatan PDRM. Pihak polis akan mendapatkan segala maklumat dari perbagai pihak dan akan menganalisa dengan kepakaran tersendiri. Cuba renung balik kes penangkapan Mat Selamat yang terlepas dari penjara dan permerhatian polis pihak negara jiran. Beliau tertangkap semula oleh PDRM walaupun banyak orang mengagungkan kepakaran pihak negara jiran.PDRM kita hebat, tetapi tidak berbangga diri. Kes terbaru tentang penculikan budak kerakyatan Belanda, nyawa anak itu terselamat dan suspek di tangkap dan wang dapat dikembalikan. 3 in one. Tak hebat lagi? Saya percaya rakyat negara Belanda dan Afrika Selatan berterima kasih pada PDRM seperti saya yang berterima kasih kerana menjaga keamanan negara. Anda boleh menjamin keselamatan negara??? Renung-renunglah, jangan sentiasa mendabik dada!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog