Ternyata dakwaan parti pakatan haram berkenaan isu pemeriksaan Hasan Ali dan Pegawai-Pegawai JAIS ke atas Gereja Methodist di dalangi "Parti UMNO" hanyalah satu fitnah.
Hasan Ali dan JAIS melakukan pemeriksaan adalah kerana ingin menyelamat akidah umat Islam yang kian terancam dengan agenda mengkristiankan Umat Islam
SHAH ALAM 11 Mei - Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin (gambar) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama dilakukan berikutan terdapat usaha untuk memesongkan akidah orang Islam oleh gereja tersebut.Beliau yang memberi keterangan dalam kes saman fitnah UMNO Selangor terhadap Pas berkata, bukti-bukti itu diperoleh selepas pemerhatian dan siasatan dibuat oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) JAIS selama tujuh bulan.
"Serbuan dibuat selepas Bahagian R&D membuat pemerhatian dan siasatan selama tujuh bulan bagi mengumpul maklumat yang tepat sebelum diserahkan kepada bahagian penguatkuasaan.
"Berdasarkan laporan, terdapat unsur-unsur serta bukti wujudnya usaha untuk mengkristiankan orang-orang Islam di gereja itu," jelas beliau semasa disoal oleh peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili UMNO Selangor.-Utusan
No comments:
Post a Comment