pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, November 8, 2012

Panas !!! Blogger Pencacai PAS Kedah Di Malukan Dalam Isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

Sebelum ini Blogger pencacai PAS Kedah sering di bogelkan oleh Team Media Kedah di dalam kelemahan mentadbir Negeri sehinggakan terpaksa berdolak dalih di dalam mempertahankan Azizan Razak dari berterusan di persalahkan menjadi punca kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Sekiranya para pembaca hendak mengetahui, Azizan Razak bukan saja lemah di dalam mentadbir Negeri, malahan mudah di perbodohkan orang di sekelilingnya sehinggakan apa yang di lakukan orang sekelilingnya Azizan Razak terpaksa tanggung malu.

Terbaru tindakan blogger pencacainya di Kedah menunjukan sifat riak setelah Kementerian Pengajian Tinggi memberi taraf  TIER 4 SETARA 11 kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah di malukan blogger KUIN di sini





Jamil bukan sekadar memalsukan minit mesyuarat supaya tak perlu bayar hutang tetapi juga memalsukan dokumen yang dihantar untuk SETARA 11. Jamil jangan berbangga dapat TIER 4 SETARA 11 sebab kami tahu apa arahan Jamil semasa penyediaan dokumen tersebut.

Banyak dokumen yang tiada dan disediakan tetapi sebagai memenuhi kriteria SETARA, Jamil pernah mengarah sekumpulan staf buat Bengkel SETARA di Gunung Jerai masa awal tahun 2012 untuk menipu KPT mewujudkan minit mesyuarat yang tak pernah dibuat dan dicatat hanya untuk memastikan Jamil dipuji kononya mampu bersaingg dengan IPT lain..

Inilah hakikatnya manusia bernama Jamil yang sanggup menipu untuk kepentingan diri sendiri. Di akhir usiapun Jamil sanggup menipu, Kalau macam ni punya cerita tak mustahil sekiranya semasa belajar dulupun Jamil menipu untuk lulus sehingga dapat PhD? Sebabnya hanya orang yang pernah menipu akan sentiasa menipu.

Apakah Jamil akan berjaya menipu semasa dihisab di Padang Mahsyar?



Dalam sebuah Blog pro Azizan menyatakan jangan jelous sebab KUIN potong habis semua IPTA . Di dalam blog tersebut , blogger mengapung kenyataan Ostaz Mr SS yang akan mempertahankan Jamil Palsu walaupun Jamil buat dosa zalim orang.

Hahahaha , wahai bloger yang tak reti pasai MQA, KPT dan akademik , sebenarnya  macam ni ceritanya  :

-  Setara 2011 , tak ada IPTA atau IPTS dapat Tier tahap 1 dan 2.




- Mungkin maksud Bloger Pro Azizan KUIN potong habis semua IPT , mereka rujuk pada kod 1 dan 2 . Sebenarnya kod 1 untuk IPTA dan kod 2 untuk IPTS.... hahahaa blogger tak tahu paer aper pasal MQA kantoiii keluar statement politik 


-  KUIN berada di tahap setara tier 4 maksudnya biasa saja, melainkanlah  kalau ada banyak Universiti lain yang berada di setara tier 3 (hanya satu sahaja). Tier 1 dan 2 tak ada langsung.

- IPTA yang dapat   tier 5 cemerlang  banyak berbanding KUIN di tier 4 sahaja, tapi blogger pro azizan cuba sembunyikan fakta sebab tak ada isu lain yang boleh nak dibanggakan di KUIN kecuali tipu dan palsu



Banyak IPTA dapat cemerlang (Tier 5)

Berita KUIN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog