pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, November 24, 2012

Video Terpanas !! Khairul Fahmi (Apek) Mengumumkan Tarikh Pernikahannya





Tarikh 28 Disember menjadi pilihan penjaga kepada gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, untuk melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21.

Menurut Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek, majlis pernikahan mereka akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

"Tiga majlis resepsi turut diadakan bagi meraikan pengantin masing-masing di sebelah pihak perempuan pada 30 Disember, sebelah pihak lelaki pada 5 Januari tahun depan selain di Kuala Lumpur pada 13 Januari.

"Memandangkan saya anak lelaki bongsu, majlis sebelah pihak saya akan dilangsungkan di rumah sahaja atas permintaan keluarga," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Khairul Fahmi juga berharap pengumuman tersebut akan menjawab segala teka-teki berkenaan hubungannya dengan Nur Eilunie Natasha atau Leuniey selama ini.

"Selepas (pengumuman) ini saya hanya mahu memfokuskan kepada karier bagi persiapan perlawanan Piala AFF Suzuki. Pada 25 November ini, kami akan menentang Singapura dan berharap rakyat Malaysia beri sokongan dan doa," katanya.

Menurut Khairul Fahmi, segala persiapan berhubung majlis perkahwinan dilakukan keluarganya dan bakal isterinya memandangkan dia sibuk dengan persiapan membawa cabaran negara ke perlawanan tersebut.

Malah, katanya, perbincangan mengenai wang hantaran juga hanya akan dibuat selepas tamat Piala AFF Suzuki.

Mengulas hubungannya dengan model dan pengusaha butik itu, Khairul Fahmi yang sebelum ini pernah membuat penafian mengenali Leuniey memberitahu, dia berkenalan dengan gadis tersebut sejak Mac lalu sebelum membuat lamaran pada Oktober lalu.

"Tiada majlis formal atau merisik. Cuma kedua-dua keluarga bertemu untuk makan malam dan keluarga saya yang menyatakan hasrat meminang Leuniey sebagai isteri saya.

"Memang sebelum ini saya ada menyebut tidak kenal dia sebab memang saya tidak mengenali dirinya. Tetapi apabila kami mula berkawan dan serius bercinta, saya beritahu semua pihak.

"Saya tidak sorok," katanya sambil mengakui berkawan dengan Leuniey sejak kedua-duanya menjadi model bagi wangian SimplySiti.

Menyukai Leuniey kerana amat memahami kerjayanya sebagai seorang bintang bola sepak yang selalu sibuk, Khairul Fahmi juga menolak dakwaan kononnya dia mengambil keputusan menamatkan zaman bujang bagi menutup kisah kontroversi mengenainya sebelum ini.

"Jodoh sudah sampai. Mungkin perkenalan kami singkat tapi kalau sudah tiba masanya untuk mendirikan masjid, tak salah kita percepatkan," katanya yang masih belum memikirkan lokasi berbulan madu.

Khairul Fahmi dan Leuniey sebelum ini pernah bertunang dengan pilihan hati masing-masing tetapi putus di tengah jalan.- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog