pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, November 8, 2012

Undilah PAS Di Kedah Kalau Nak Berterusan Merana #tukarkedah



Kedah bukanlah sebuah negeri termiskin di Malaysia seperti apa yang digembar gemburkan selama ini..Sejak BN mentadbir negeri Kedah banyak usaha yang dilakukan untuk memajukan negeri Kedah..

Dari segi pelaburan banyak yang masuk ke negeri Kedah ianya satu pencapaian yang sangat membanggakan..Sehinggalah Pas mengambil alih pentadbiran, negeri Kedah terus berubah wajah..Dari slogan menuju ke Kedah Maju 2010 hinggalah ke Kedah Sejahtera yang dicipta Pas..

Kerajaan BN sebelum ini telah meletakkan sasaran 2010 untuk bermulanya era kemajuan bagi negeri Kedah..Tetapi sejak Pas mengambil alih tampuk pentadbiran negeri pada 2008,usaha itu telah terbantut kerana Pas mencipta slogan Kedah Sejahtera iaitu negeri berkebajikan mengamalkan dasar kebajikan..Pas juga idak mahu meneruskan beberapa projek yang dilihat akan memberi kredit percuma kepada kerajaan BN sebelum ini..

Lalu Pas telah menghentikan beberapa projek mega BN Kedah sebelum ini kerana bagi mereka apa yang BN buat semuanya akan merugikan..Sebagai contoh projek Kedah Agro yang di usahakan oleh kerajaan BN sebelum ini berjaya membawa pulangan sehingga 40juta setahun..



Tetapi selepas saja Pas mengambil alih banyak projek projek dibawah Kedah Agro mencatakan kerugian seperti KELI K, LADANG SEJAHTERA,dan cadangan untuk mewujudkan kilang bagi memproses dan mengetin buah buahan sampai sekarang tidak dibina..

Banyak lagi projek yang mengalami kegagalan cuba disembunyikan oleh kerajaan Pas Kedah seperti apa yang didedahkan dalam laporan audit baru baru ini..Tetapi seperti biasa mereka akan menuduh orang lain bertanggungjawab diatas semua yang berlaku..Yang menjadi mangsa selalunya pegawai KCS..

Kini SUK dan KCS jadi kambing hitam Pas untuk melepaskan diri dari kesemua kerugian yang dialami kerajaan negeri..Pas terpaksa mengungkit dan membandingkan kegagalan projek mereka dan projek kerajaan BN terdahulu termasuk zaman Tan Sri Osman Aroff..



Dulu diawal awal Pas mentadbir negeri, mereka mampu berbelanja mewah untuk keselesaan demi menjaga Exco-Exco Kerajaan negeri. Bukan hanya itu saja, Kerajaan yang dikatakan “miskin” ini juga mampu menaja Pegawai-Pegawai Penjawat Awam Utama Negeri untuk melancong ke luar negara. Bukan seorang dua, dikhabarkan bilangannya mampu memenuhi buah bas..

Kerajaan Pas Kedah juga mampu memberikan apa saja kepada Exco-Exconya. Contoh membelikan kereta Toyota Camry dan Toyota Fortuner untuk kesemua Exco.. Manakala Mercedes Benz S Class berharga hampir RM 1 JUTA tidak termasuk no plat.. Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog