pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, November 13, 2012

Tu Dia !!! Berita Yang Membuatkan PAS Kedah Kecewa Untuk Menghadapi PRU 13



Pembahas daripada UMNO Kedah pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada hujung bulan ini akan menggunakan kesempatan pada himpunan itu bagi membawa mesej memperkasakan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perhimpunan agung itu, yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, menjadi medan sangat penting dalam membakar semangat perjuangan parti.

Oleh itu kita telah menenetapkan pembahas UMNO Kedah supaya ucapan mereka menjurus ka arah membawa obor perjuangan dan semangat pilihan raya, katanya.

“Kita harus mempamerkan kekuatan parti dan kebersediaan kita mengalas cabaran besar pilihan raya kelak menerusi perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini, malam tadi.

UMNO Kedah akan menghantar 466 perwakilan daripada 15 bahagian pada perhimpunan yang berlangsung pada 27 November hingga 1 Disember. Daripada jumlah itu, 233 orang mewakili bahagian-bahagian, 78 orang mewakili Pergerakan Wanita, 77 orang dari Pegerakan Pemuda dan 78 orang daripada Pegerekan Puteri UMNO.

Bagi perbahasan ucapan dasar Presiden parti, UMNO Kedah menyenaraikan Ketua UMNO Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Othman Aziz.

Ketua UMNO Bahagian Jerai Datuk Suhaimi Abdullah dan Ketua Wanita UMNO Kedah Datuk Maznah Hamid akan membahaskan usul ekonomi, sementara usul agama dan pendidikan akan dibawa oleh pembahas yang tidak asing lagi pada perhimpunan Agung UMNO iaitu Kamal Saidin (Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pendang yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu) serta Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Merbok Harun Ismail.

Mengulas mengenai jentera pilihan raya, Ahmad Bashah berkata kursus kepada ketua-ketua unit di peringkat pusat daerah mengundi (PDM) akan dimulakan pada bulan ini yang melibatkan sebanyak 672 pusat daerah mengundi.

“Kursus itu dijangka selesai pada Disember ini. Semua ketua unit yang meliputi kira-kira 20 unit seperti unit kenderaan, logistik, penerangan dan lain-lain lagi akan terlibat bagi memastikan mereka benar-benar memahami tanggungjawab dan tugas mereka sepanjang pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini kursus serupa telah dijalankan kepada Pengerusi dan Setiausaha pusat daerah mengundi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog