pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, November 23, 2012

Gempar !!! Malaysia Berisiko Hadapi Gempar Bumi Sederhana


KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa Sabah dan Sarawak berisiko menghadapi gempa bumi sederhana manakala Semenanjung Malaysia pula berisiko menghadapi gempa bumi rendah.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata, perkara itu berdasarkan Kajian Risiko dan Bahaya Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia yang telah dilaksanakan dan disiapkan pada 2009 oleh Akademi Sains Malaysia (ASM).

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, sejak September-November tahun ini, beberapa gegaran lemah kurang daripada magnitud 4, dirasai di Beluran, Kota Marudu, Kudat dan Tambunan di Sabah.

"Ini menunjukkan di Malaysia berlaku gempa bumi tapi pada kadar yang sederhana dan rendah," kataya ketika menjawab soalan Ir Hamim Samuri (BN-Ledang) yang ingin mengetahui kajian terbaharu yang dilakukan berkaitan risiko kejadian gempa bumi di Malaysia.

Kajian Risiko dan Bahaya Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia dibiayai dengan peruntukan sebanyak RM3.378 juta melibatkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JGM), Universiti Putra Malaysia (UPM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Fadillah berkata, melalui inisiatif JMM, sebanyak 25 'Strong Motion Sensor' dipasang di seluruh Malaysia termasuk 10 di Lembah Klang di samping 17 unit 'Weak Motion Sensor' bagi memantau segala kejadian gempa bumi.

"Pada 2014, kita mengharapkan akan dapat memasang 20 lagi termasuk membekalkan pemasangan di Sarawak. Dengan adanya peralatan ini, kita harap dapat memantau keseluruhan berlakunya gerak gempa bumi di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak," katanya.

Fadillah berkata, lima kumpulan telah diwujudkan terdiri daripada anggota dalam bidang kepakaran masing-masing dengan kerjasama agensi berkaitan antaranya kumpulan kerja pemantauan gempa bumi dan sesar aktif dan kumpulan kerja membangunkan kod reka bentuk bangunan.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa syor serta pelan tindakan telah digariskan dalam menghadapi kemungkinan risiko gempa bumi, antaranya memasang peralatan seperti 'Global Positioning System' (GPS) dan 'seismic sensors' di sepanjang sesar-sesar aktif dan mempertimbangkan penggunaan 'seismic natural rubber bearings' yang telah hasilkan oleh Institut Getah Malaysia dalam membina projek prasarana penting terutama di zon berisiko tinggi terhadap gempa bumi. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog