pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, November 27, 2012

Pasangan Remaja Di Kedah berkahwinan Di Usia Muda Bagi Menggelak Maksiat

 
MOHD. Fahmi bersama Nur Fazira mengenakan pakaian pengantin serba putih pada kenduri perkahwinan 
mereka di Kampung Naga Lilit, Padang Serai 
PADANG SERAI – Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama. 
Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di sini semalam. 
Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. 
“Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat,” katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah. 
Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira. 
Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri. 
“Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi,” katanya.Kosmo



Pisau Kedah :-

Alhamdulillah sekiranya niat di hati ikhlas di dalam menjalin hubungan secara halal. Namun adik-adik harus ingat di dalam menempuhi permasalahan berumah tangga, adik-adik yang berkahwin muda di harapkan tidak cepat melatah bagi mengekalkan perkahwinan dalam usia muda.

Pisau Kedah berdoa agar Allah S..W.T memberi kebahagiaan kepada pasangan yang berkahwin muda tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog