pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, November 21, 2012

Panas !!! Pengguna Hand Phone BlackBerry Bakal Dapat Membuat Panggilan Secara Percuma



TORONTO: Pengguna telefon pintar BlackBerry, tidak lama lagi boleh membuat panggilan secara percuma melalui rangkaian WiFi, hanya dengan menggunakan perkhidmatan teks mesej BlackBerry Messenger (BBM).

Perkara tentang ciri terbaharu telefon pintar itu diumumkan oleh pembuat gajet berkenaan, Research In Motion (RIM), baru-baru ini.

Dengan aplikasi itu, pengguna BBM boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat panggilan, atau menghantar teks mesej dengan skrin yang boleh membuat dua paparan.

Ciri-ciri terbaharu itu akan dikemas kini secara percuma bagi pengguna BlackBerry sedia ada, menjelang pelancaran telefon BlackBerry 10 pada 30 Januari ini, sekali gus menjamin kelangsungan RIM.

Menurut RIM, perkhidmatan panggilan BBM hanya boleh digunakan oleh gajet yang mempunyai sistem operasi BlackBerry 6 atau yang lebih tinggi, dengan usaha menaik taraf akan dilaksanakan juga ke atas BlackBerry 5.

RIM membuat pendedahan mengejutkan dalam laporan pendapatannya baru-baru ini dengan mengumumkan pengguna gajet itu semakin meningkat, ekoran kemunculan pasaran baharu serta perkhidmatan BBM.

Bagaimanapun, syarikat itu kini bergelut untuk menarik perhatian pelanggan di Amerika Utara yang mula beralih kepada telefon Android dan iPhone.

RIM yang berpangkalan di Kanada mendakwa, pengenalan perkhidmatan panggilan itu dapat membantu mereka mengembangkan pasaran telefon itu yang kini mendapat sambutan baik di Indonesia, Nigeria dan Afrika Selatan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog